0 comments

Sami Yusuf Umum Tarikh Pelancaran Album Baru

by on October 9, 2018
 

Penyanyi dan juga duta antarabangsa UN World Food Program, Sami Yusuf baru sahaja mengumumkan kemunculan album EP terbaru beliau berjudul SAMi. Menerusi perkongsian beliau di laman Facebook, penyanyi yang popular dengan irama Spiritique ini memilih tanggal 23 November 2018 sebagai tarikh pelancaran SAMi, beberapa hari selepas sambutan Maulidur Rasul.

SAMi by Sami Yusuf

Setelah sekian lama beliau mengetengahkan elemen-elemen tradisional di dalam karyanya sejak beberapa tahun yang lalu, kali ini Sami Yusuf dilihat lebih cenderung untuk menampilkan genre Pop pada setiap lagu yang bakal dihidangkan November ini. Menerusi senarai lagu yang diperlihatkan di laman iTunes, sebanyak 6 buah lagu telah disusun termasuk 2 buah single berjudul Shadowless dan Wanderer yang telah diperkenalkan semenjak awal tahun ini.

Bagi para peminat Sami Yusuf yang ingin menjadi antara yang terawal menikmati album ini, pra-tempahan SAMi boleh dilakukan mulai hari ini melalui iTunes pada harga RM22.90

Terdahulu Sami Yusuf baru sahaja memperkenalkan karya terbaru daripada beliau yang berbentuk instrumental. Selepas ia dipersembahkan secara eksklusif buat pertama kalinya di dalam sebuah konsert di Baku bulan lalu, lagu baru yang diberi judul Breeze itu akan mula diperdengarkan kepada para peminat seluruh dunia secara rasmi mulai 12 Oktober 2018.

Adakah kemunculan album EP kali ini memberikan isyarat akan kemunculan album penuh baru daripada beliau tidak lama lagi? Nantikan.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response