0 comments

Showcase Lah Ahmad Disember Ini, Adeep Nahar Buat Penampilan Khas

by on October 20, 2018
 

Penyanyi terkenal, Lah Ahmad bakal muncul dengan sebuah persembahan istimewa yang diberi nama Showcase Lah Ahmad.

Lah atau nama sebenar beliau Abdullah Bin Ahmad, 38 tahun telah berkongsi berita gembira ini melalui sekeping poster yang dimuatnaik di akaun Facebook rasmi beliau baru-baru ini.

Bertemakan “Sempurna Dan Terbaik”, Lah dijangka bakal menyajikan kepada para peminat lagu-lagu yang dimuatkan dalam album solo kedua beliau berjudul Sempurna & Terbaik. Disamping itu, tidak lengkaplah showcase ini jika Lah tidak menyanyikan lagu-lagu popular beliau dari album pertama, Jalan Untuk Kembali seperti Salam, Kau Tercipta dan Agung.

Lebih mengujakan, showcase ini akan turut menampilkan Naib Juara Gema Gegar Vaganza (GGV) Musim Ke-2, Adeep Nahar yang akan membuat penampilan istimewa dalam showcase ini.

Showcase Lah Ahmad

Showcase Lah Ahmad akan diadakan pada 1 Disember 2018 bermula jam 9.00 malam hingga 11.30 malam bertempat di ATAS by Bijan FX, Kelana Jaya.

TERKINI: Showcase Lah Ahmad – Tiket Sudah Mula Dijual, Terhad dan Eksklusif

Setakat ini, kami masih belum mengetahui berapa harga tiket yang bakal dikenakan dan bagaimana cara untuk menempah tiket bagi showcase ini. Pasti ramai yang sudah tidak sabar menantikan showcase yang julung kali diadakan ini. Apa pun, kita nantikan pengumuman selanjutnya daripada Lah Ahmad.

Baca Kolaborasi The Muhibbain & Lah Ahmad

– Munsyeed

 

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response