0 comments

TV Alhijrah Umum Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Baru

by on October 1, 2018
 

TV Alhijrah hari ini secara rasminya mengumumkan perlantikan baru bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan jawatan Pengerusi yang akan menerajui stesen berkenaan berkuatkuasa September 2018.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat TV Hijrah, Ketua Pegawai Eksekutif Wardah Communication Sdn. Bhd, Saidi Bin Yaacob telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah yang baru berkuatkuasa pada 1 September 2018 bagi menggantikan Dato’ Hj. Izelan Bin Basar yang telah menamatkan perkhidmatannya pada 3 Julai 2018.

Saidi Bin Yaacob sebelum ini mengetuai Wardah Communication Sdn. Bhd, anak syarikat Widad Business Group Sdn. Bhd. sebagai Ketua Pegawai Eksekutif semenjak tahun 2015 di mana beliau bertanggungjawab memantau keseluruhan operasi syarikat dalam industri media.

Beliau juga pernah berkhidmat di Insaniah Holding Sdn. Bhd, sebuah syarikat milik penuh Kolej Universiti Insaniah bermula tahun 2011 sebelum menyertai Widad Business Group Sdn. Bhd.

Saidi Bin Yaacob merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Komunikasi Massa dan Pengajian Melayu dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempunyai latar belakang media yang meyakinkan di mana beliau pernah berkhidmat di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan berpengalaman luas dalam latihan serta pembangunan sumber manusia antaranya untuk Atlet Majlis Sukan Negara (MSN) dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

Di samping perlantikan baru CEO stesen TV tersebut, TV Hijrah juga turut mengumumkan pelantikan Dato’ Hussamuddin Haji Yaacub sebagai Pengerusi berkuatkuasa 3 September 2018. Dato’ Hussamuddin Haji Yaacub adalah Pengerusi, Pengarah Urusan Kumpulan, Penerbit, dan Pengasas Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd.

TV Hijrah mengalu-alukan dua pelantikan baru ini dan berharap agar kehadiran mereka sebagai sebahagian daripada ahli keluarga TV Hijrah dapat menyuntik aspirasi yang diperlukan bagi membawa syarikat melangkah maju ke hadapan.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response