0 comments

Ura-Ura Showcase Istimewa 3 Kumpulan Nasyid Muda Disember Ini

by on October 24, 2018
 

Baru-baru ini, kami mendapat info mengenai sebuah lagi showcase yang bakal berlangsung pada bulan Disember ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, showcase istimewa ini akan melibatkan 3 kumpulan nasyid yang mana salah satunya merupakan peserta berkumpulan Gema Gegar Vaganza Musim ke-2 (GGV 2).

Selain peserta berkumpulan GGV 2 tersebut, showcase ini akan menampilkan 2 kumpulan nasyid muda yang tidak kurang hebatnya. Walaupun mereka jarang muncul dalam konsert-konsert besar, 3 kumpulan nasyid muda ini masih bergerak dengan memenuhi jemputan dan persembahan pentas serta mempunyai pengaruh mereka yang tersendiri.

Dengan keupayaan vokal yang sangat mengagumkan, 3 kumpulan nasyid muda ini tidak hanya mempertaruhkan bakat mereka semata-mata, malah mereka juga menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh untuk membuktikan yang mereka serius dalam bidang nyanyian ini.

Selaku pelapis dalam industri nasyid Malaysia, 3 kumpulan nasyid muda ini dilihat mempunyai cara dan strategi mereka tersendiri untuk mendekati golongan sasaran mereka.

Buat masa ini, tiada pengumuman rasmi yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan tersebut. Akan tetapi, hasil risikan kami, 3 kumpulan ini sedang giat merancang dan berlatih untuk menjayakan showcase istimewa ini.

Kami juga difahamkan bahawa setiap kumpulan akan memperdengarkan dan menyampaikan secara eksklusif lagu-lagu baharu mereka yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi. Ini bermakna, akan ada 3 lagu baharu yang akan diperdengarkan secara eksklusif dalam showcase tersebut.

Identiti 3 kumpulan nasyid yang bakal berkongsi pentas pada bulan Disember ini dijangka bakal diumumkan selewat-lewatnya pada November 2018.

Nantikan pengumuman lanjut yang akan turut disiarkan di Munsyeed.

p/s: Teringat persembahan yang cukup energetik kumpulan tersebut. Tidak sabar rasanya untuk menonton persembahan mereka.

– Munsyeed.

 

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response