Juara Gema Gegar Vaganza (GGV) Musim Ke-2, Fitri Haris bakal bergandingan dengan Ustaz Hasnul Jamal (Diwani) dan Da’i Amirul pada satu pentas sempena Konsert Amal dan Makan Malam Gema Zikir Munajat 2018.
Konsert amal dan makan malam ini bakal diadakan pada 17 November 2018 ini bermula jam 8.00 malam hingga jam 11.00 malam bertempat di Dewan Dato’ Maharajalela, IKBN Seri Iskandar, Perak.

Gema Zikir Munajat 2018
Bertemakan Law Kana Bainana, Konsert Gema Zikir Munajat ini bakal menyajikan persembahan yang menarik yang penuh penghayatan sempena Maulidur Rasul yang bakal diraikan tidak lama lagi.
Konsert amal dan makan malam ini merupakan anjuran bersama SRITI At-Ta’alim, Seri Iskandar dan PASTI Kawasan Parit. Manakala Darul Mubarak Sdn Bhd sebagai Penaja Platinum bagi konsert amal ini.
Tiket-tiket berharga RM50 dan RM100 telah mula dijual dan boleh dibeli melalui Ustaz Farid di 013 672 7827, Ustaz Asyran di talian 019 523 7815 atau Ustazah Iylia di talian 013 734 9788.
– Munsyeed
APA KATA ANDA?
Facebook
Disqus
Munsyeed