0 comments

Netizen Puji Keindahan Lagu Terbaru Rabbani – Ittihad

by on November 11, 2018
 

Setelah beberapa minggu berteka-teki, akhirnya, kumpulan nasyid popular Rabbani melancarkan single terbaru mereka berjudul Ittihad.

Baca: Rabbani Umum Lancar Single Terbaru Berjudul Ittihad

Lagu Ittihad telah dilancarkan pada 9 November 2018 bersamaan 1 Rabiul Awal 1440H bersempena bulan kelahiran Rasul Junjungan, Nabi Muhammad S.A.W.

Ittihad menceritakan mengenai sebuah penyatuan atau persaudaraan yang subur dengan kasih sayang dan kemesraan. Walaupun diuji dengan pelbagai mehnah dan tribulasi, persaudaraan kekal utuh dengan asas keikhlasan demi kelangsungan sebuah perjuangan.

Lagu Ittihad ini merupakan hasil kolaborasi mantap Komposer Daqmie dan lirik ditulis oleh penulis lirik terkenal, ITO Lara.

Melihat kepada respon netizen di media sosial, ramai yang memuji keindahan dan kekemasan penghasilan lagu Ittihad ini. Ittihad tidak hanya indah pada liriknya yang digarap dengan begitu puitis tetapi lagu ini turut disempurnakan dengan melodi yang sangat menarik.

Antara komen-komen netizen mengenai single terbaru Rabbani berjudul Ittihad.

Segala penantian dan kesabaran para peminat Rabbani ternyata berbaloi dengan kemunculan karya indah ini.

Ittihad boleh didapati di semua platform digital seperti iTunes, Apple Music, Spotify, Deezer, Jook dan di Youtube.

Tidak mahu bercakap panjnag, jom kita hayati buah tangan terbaru Rabbani – Ittihad.

Baca: Rabbani Hadir Dengan Video Acah Pradengar Lagu Baru Berjudul Ittihad

– Munsyeed

 

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response