0 comments

Pengarah Drama Isteri Untuk Disewa Terima Nasihat Mufti, Tiada Unsur Sewa Isteri Dalam Drama

by on November 12, 2018
 

Pengarah Drama Rantaian Isteri Untuk Disewa, Osman Ali menzahirkan ucapan terima kasih kepada Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri di atas nasihat dan teguran berhemah yang telah diberikan mengenai drama arahan beliau, Isteri Untuk Disewa.

Baca: “Isteri Bukan Untuk Disewa” – Mufti Wilayah Persekutuan

Menurut Osman Ali, beliau menerima baik teguran dan nasihat yang telah disampaikan oleh Dr Zulkifli tersebut. Tegas beliau, pihak Mufti telah menjalankan tanggungjawab sebaiknya apabila menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh pihak yang bertanya (Mustafti) dan memberi teguran dan nasihat sebaiknya.

Jelas beliau lagi, sebenarnya tiada unsur sewa menyewa isteri dalam drama Isteri Untuk Disewa. Memandangkan drama tersebut adalah adaptasi dari novel, beliau cuba untuk tidak mengubah tajuk bagi mengekalkan originaliti.

“Saya akui tajuk novel dan drama itu boleh disalah tafsirkan jika tidak menonton atau membaca keseluruhan cerita.”

“Sebenarnya dalam cerita ini langsung tiada unsur sewa menyewa isteri. Cuma tajuk tersebut telah mengundang orang ramai untuk tersalah tafsir dengan tema cerita.”

“Sebelum berlangsung pengambaran, pihak kami pernah terfikir untuk menukar tajuk, tapi memandangkan ianya adalah tajuk asal novel, maka kami tidak bercadang untuk tukar tajuk lain, demi mengekalkan originaliti. Walaupun begitu, saya ada juga menyimpan beberapa tajuk lain sekiranya perlu ditukarkan.”

Menerusi kenyataan di laman Instagram beliau, Osman turut merakamkan penghargaan kepada Mufti Wilayah Persekutuan di atas nasihat dan teguran yang telah diberikan.

“Terima kasih kepada pihak mufti yang telah memberikan pandangan dan teguran yang baik dengan begitu berhemah dan saya amat menghormatinya.”

– Munsyeed

 

 

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response