2 comments

Selebriti Tanah Air Bakal Memeriahkan Konsert Hubbu Rasul

by on November 23, 2018
 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) akan mengadakan persembahan khas bertajuk Hubbu Rasul pada 24 November 2018 (Sabtu) bertempat di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut bermula jam 8.30 malam. Hubbu Rasul ini adalah merupakan program yang dianjurkan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang bertujuan untuk memperingati hari keputeraan junjungan besar Rasulullah S.A.W. dan menghayati perjuangan Baginda dalam menegakkan syiar Islam.

Program ini adalah merupakan gabungan persembahan artis-artis tanahair yang akan menyanyikan lagu-lagu kerohanian dan lagu-lagu yang mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi serta memuji Allah. Bersesuaian dengan temanya iaitu Hubbu Rasul, dua (2) kumpulan nasyid yang popular sekitar tahun 90an, dua (2) orang artis lelaki solo dan artis duo akan mengadakan persembahan pada malam tersebut.

Persembahan ini akan dihoskan oleh Imam Muda Nazrul serta membariskan artis-artis nasyid berkumpulan seperti Raihan & Rabbani, artis duo Mawi & Daly Filsuf, serta artis solo seperti Aris Ariwatan & Raqib Majid. Lebih menarik lagi, persembahan semua artis ini akan diiringi oleh Orkestra Kuala Lumpur dengan menggunakan kepelbagaian instrumen muzikal termasuklah gambus, seruling, & percussion dan juga persembahan artis budaya DBKL.

Penganjuran persembahan ini antara lain bertujuan untuk memberi hiburan santai secara percuma kepada wargakota, selain memberi ruang dan peluang kepada artis tempatan membuat persembahan. Persembahan ini diadakan secara PERCUMA dan semua wargakota dan orang ramai dijemput hadir dan tempat adalah terhad kepada 600 orang sahaja bagi menyaksikan persembahan artis-artis tersebut.

Persembahan khas ini adalah PERCUMA di bawah program `KL Rhythm Nitez’ anjuran Jabatan Kebudayaan Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN). Orang ramai bolehlah mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman media sosial Instagram klcatsevents dan berhubung dengan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) di talian 03-41055442 atau melalui email [email protected]

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response