0 comments

Single Doa Buat Ibu – Luahan Hati Suhaimi Saad

by on November 12, 2018
 

Rindu yang tidak berpenghujung! Itulah ungkapan yang dapat menggambarkan perasaan seorang anak yang begitu merindui ibunya yang telah pergi mengadap Sang Pencipta. Ingin didakap manja, dibelai mesra dan ditatap wajah ibu yang sentiasa mendamaikan. Namun, apalah daya kita manusia tidak mampu mengatasi takdir Tuhan. Perginya seorang ibu tidaklah akan berganti.

Perasaan ini dikongsi oleh penyanyi solo, Suhaimi Saad menerusi lagu terbaru beliau berjudul Doa Buat Ibu.

Tatkala mendengar alunan merdu suara Suhaimi menerusi lagu Doa Untuk Ibu yang dilancarkan pada pagi tadi, kami seakan dapat merasa rindu yang terpendam di hati Suhaimi terhadap ibunya.

Doa Buat Ibu merupakan satu luahan kasih sayang dan kerinduan yang mendalam seorang anak terhadap ibunya yang telah meninggal dunia.

Menurut Suhaimi, Lagu Buat Ibu ini telah digubah pada tahun 2009 dan dirakamkan semula pada sekitar April 2018 di Dominant Studio Kota Bharu untuk diterbitkan sebagai single terbaru beliau. Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Suhaimi ini diterbitkan dibawah label Karya Mosus dan diedarkan oleh Ada Exist Sdn Bhd.

“Lagu Doa Buat Ibu ini sangat dekat dihati saya. Ia mendidik saya dan juga sedikit sebanyak mendidik para pendengar supaya selalu dan terus menerus menghargai dan mengenang jasa dan pengorbanan ibu dalam hidup kita sama ada ibu masih hidup atau yang telah meninggal dunia.”

“Apabila ibu telah tiada, antara cara untuk kita berbakti kepadanya adalah dengan cara berdoa. Memetik hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud,

Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara (iaitu): sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh.

Tambah Suhaimi lagi, “Siapa dan dimana pun kita, sama ada senang atau susah pun hidup kita, jangan pernah kita lupakan untuk doa buat ibu kerana ibu adalah syurga kita dan doa kita adalah syurga buat ibu.”

Lagu Doa Buat Ibu telahpun dilancarkan di Youtube dan akan berada di semua platform digital terpilih dalam masa yang terdekat.

Jom layan single terbaru Suhaimi berjudul Doa Buat Ibu.

– Munsyeed

 

 

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response