0 comments

Nissa Sabyan Carian Paling Popular di Google

by on December 13, 2018
 

Tahun 2018 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan sepertimana tahun-tahun sebelumnya, Google sekali lagi telah menerbitkan senarai carian sohor kini sepanjang tahun 2018 yang meliputi pelbagai topik dan kategori mengikut kesesuaian sesebuah negara. Berdasarkan maklumat yang didedahkan oleh Google Indonesia, penyanyi yang popular dengan lagu cover Deen Assalam, Nissa Sabyan berjaya menduduki tangga teratas bagi carian sohor kini kategori Selebriti sekaligus mengalahkan kumpulan kpop terkenal Blackpink dan Duchess of Sussex, Meghan Markle yang juga merupakan bekas aktress popoular drama bersiri Suits.

Selain itu, carian berkaitan Nissa Sabyan dan Deen Assalam juga berjaya mendapat tempat di dalam 3 daripada 6 kategori carian sohor kini di Google Indonesia. Bagi lagu Deen Assalam, lagu tersebut berjaya menduduki tempat kedua bagi kategori Lagu dan tempat keenam dalam kategori Penulusuran Terpopuler (carian paling popular) manakala carian Nissa Sabyan berada di tangga teratas bagi kategori Selebriti dan nombor 5 untuk kategori Penulusuran Terpopuler.

Terdahulu, lagu Deen Asssalam daripada Sabyan telah tersenarai di dalam YouTube Rewind Malaysia bagi tahun ini dalam kategori Video Muzik Trending 2018. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mengutip jumlah tontonan sebanyak 179 juta tontonan.

Tidak banyak yang boleh diperkatakan bagi senarai carian sohor kini di Google Malaysia memandangkan tiada carian berkaitan hiburan islam dan positif tersenarai di dalamnya walaupun 2018 boleh dianggap sebagai antara tahun kontroversi yang melibatkan industri nasyid tanah air. Mungkinkah kontroversi itu sebenarnya bersifat membunuh sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh Aizat Ikhwan? Kami sendiri tiada jawapannya. Mungkin anda sebagai pembaca dan peminat lebih mengetahui.

Baca Kontroversi Itu Membunuh

Berita baik buat para peminat Nissa Sabyan di Malaysia, beliau bersama anggota kumpulan Sabyan yang lain akan mengadakan konsert di Stadium Malawati, Shah Alam pada 12 Januari 2019. Semestinya ini satu peluang keemasan bagi anda selaku peminat untuk mendekati dan mengenali Sabyan dengan lebih dekat. Layari laman ticket2u untuk sebarang maklumat lanjut dan urusan pembelian tiket konser.

Tahniah kami ucapkan kepada Nissa dan Sabyan atas pencapaian yang membanggakan ini.

Gambar: Awank Photographic

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response