0 comments

Arab Saudi Wajibkan Vaksin COVID-19 Ke Atas Semua Jemaah Haji Tahun Ini

by on March 4, 2021
 

Kerajaan Arab Saudi mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 ke atas semua jemaah haji pada tahun ini.

Agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan, kerajaan Arab Saudi menerusi Menteri Kesihatan Dr Tawfiq Al-Rabiah telah menetapkan syarat pengambilan vaksin sebagai syarat utama bagi jemaah yang ingin mengerjakan ibadah haji tahun ini. Ia bertujuan bagi mengekang penularan wabak pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia pada masa ini.

Di Malaysia, pemberian vaksin COVID-19 telahpun dimulakan pada Februari 2021 dengan barisan hadapan (‘frontliner’) menjadi individu terawal menerima vaksin tersebut.

Menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, dijangkakan 500,000 individu terawal akan menerima vaksin COVID-19 pada Fasa 1 sekitar Februari hingga April 2021. Manakala 9.4 juta individu lagi akan menerima imunisasi ini pada Fasa Kedua dan kira-kira 13.7 juta individu bakal menerima manfaat imunisasi pada Fasa Ketiga.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response