0 comments

Demi Peminat, Munsyideen Sanggup Guna Khidmat…

by on March 22, 2021
 

Meskipun dunia sedang dilanda pandemik Covid-19, ianya tidak mematahkan semangat kumpulan nasyid Munsyideen untuk tampil dengan single terbaru tidak lama lagi.

Menerusi status yang dimuatnaik salah seorang ahli kumpulan Munsyideen, Wan Hakimin memaklumkan kumpulan Munsyideen telahpun selesai merakamkan vokal bagi single terbaru mereka.

Mempertaruhkan lagu ciptaan komposer tersohor, Ahmad Fadzli Bakar dan lirik ditulis oleh penerima anugerah Lirik Nasyid Terbaik Anugerah Nasyid Malaysia 2020 (ANAM2020); ITO Lara, Munsyideen menjanjikan kelainan dan pembaharuan dari segi susunan vokal dan harmoni menerusi single terbaru ini.

Menurut Wan Hakimin lagi, lagu terbaru Munsyideen ini berkisahkan tentang Sahabat Nabi s.a.w. iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang terkenal dengan ketokohannya sebagai sahabat Nabi yang sentiasa membenarkan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Sifat setiakawan yang tinggi serta sanggup bersusah payah dan berkorban demi Nabi s.a.w. menjadikan keperibadian Saidina Abu Bakar As-Siddiq ini wajar dijadikan contoh oleh umat Islam.

Tambah beliau lagi, lagu ini juga bakal mendapat sentuhan magis dari Wan Sallehudin yang kreatif memberikan pembaharuan dalam irama nasyid Malaysia. Kami difahamkan, Wan Salleh akan terlibat dalam proses mixing dan mastering.

Nampaknya kali ini Munsyideen betul-betul ‘all out‘ dan mempertaruhkan nama-nama besar dalam penghasilan single terbaru mereka.

Pasti ramai yang sudah tidak sabar dan teruja menantikan single terbaru kumpulan Munsyideen. Apa pun, nantikan kemunculan single terbaru kumpulan Munsyideen yang akan terbit tidak lama lagi.

p/s: Harap-harap Munsyideen bolehlah belanja serangkap dua lagu terbaru mereka di Facebook Rasmi Munsyideeen.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response