0 comments

DENGAR – Kisah ‘Wanita Lorong’ Ini Sangat Menyayat Hati Sampai JAWI Pun…

by on March 29, 2021
 

Kalau anda pernah menonton drama bersiri Nur terbitan Radius One Sdn Bhd, pasti anda akan teringat kisah Nur yang tekad ingin keluar dari dunia ‘wanita lorong’ serta pengakhiran Cik Mona yang sempat bertaubat dan mengucap syahadah sebelum meninggal dunia. Walaupun ianya hanya drama, tetapi hasil garapan Shahrulezad Mohameddin ini sebenarnya menggambarkan keinginan sebenar sesetengah ‘wanita-wanita lorong’ yang ingin keluar dari ‘dunia lorong’ tersebut.

Rancangan DENGAR pada minggu lepas telah menampilkan seorang ‘wanita lorong’ yang dikenali sebagai Kak Ida. Kak Ida merupakan seorang ‘wanita lorong’ yang ingin keluar dari lorong hitam yang mengheretnya ke dunia dadah dan pelacuran.

Jika anda menonton episod tersebut, kita dapat lihat yang Kak Ida berulang kali merayu untuk ditunjuk arah ke jalan yang benar dan diredhai Allah SWT.

Menurut Kak Ida, sebelum ini dia pernah dibantu dan dirawat di Pusat Pemulihan Dadah di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada 2017. Namun, tekadnya tidak kuat, akhirnya dia kembali semula ke lorong gelap selepas selesai program pemulihan. Dakwa Kak Ida, masalah peribadi dan pergaulan merupakan antara faktor utama dia kembali ke lorong hitam di Chow Kit, Kuala Lumpur itu.

Kak Ida yang kini menghidap kanser tahap empat berkata, adalah sukar untuk dia pulih dan keluar sepenuhnya dari lorong gelap tersebut jika tiada bimbingan dan sokongan yang diterima untuk berubah.

Pun begitu, dia kini sudah ‘ letih’ dan mahu berubah untuk kembali dekat dengan anak-anaknya.

“Sebenarnya sudah tiada jalan yang lebih baik daripada berubah. Saya sudah letih,” katanya degan nada sebak.

Kak Ida juga memaklumkan ada berlaku perselisihan faham antara dirinya dengan anak-anak sehingga menyebabkan mereka kini sudah tidak berhubung lagi selama berbulan-bulan.

“Kak Ida sayagkan anak-anak dan menantu semua baik. Anak pun pernah cakap dan sudah tiba masanya untuk saya berubah,” katanya sambil menangis ketika siaran langsung Program DENGAR pada Khamis lalu.

Kak Ida juga berjanji yang dia akan cuba melawan semua godaan untuk kembali ke lorong gelap tersebut demi anak-anak.

Ketika dihubungi secara langsung dalam program tersebut, anak Kak Ida yang mahu dikenali sebagai Nina nyata sebak dan mengundang air mata para penonton apabila bercakap secara langsung dengan Kak Ida.

“Mak, kalau betul mak nak berubah, bukan sebab kami tetapi sebab Allah. Kita tak pernah fikir buruk tentang mak. Kita cuma nak mak berubah.”

“Mak, Nina minta maaf kalau selama ini Nina selalu sakiti hati mak. Nina sayang mak. Nina tiada niat pun nak sakiti hati mak. Nina tak pernah buang mak. Cuma Nina kecewa,” kata Nina sambil menangis.

Sementara itu Pendakwah, Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek yang dijemput sebagai tetamu Dengar berkata, kisah Kak Ida ini perlu dijadikan tauladan.

Katanya anak-anak perlu cekal dan tidak mudah putus asa dengan ibu bapa walau apa yang berlaku.

Ujarnya lagi, “Dengan mak tidak boleh putus asa. Jika mereka diuji dengan sakit kita tidak boleh putus asa jaga mak yang sakit.”

“Dengan orang tua kita kena bersabar. Mak ayah ujian bagi anak-anak pula ketika mereka tua. Dia sakit, dia penagih apa saja pun tolonglah dia adalah syurga buat kita,” katanya.

Kagum dengan semangat Kak Ida yang mahu berubah, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata pihaknya sedia membantu Kak Ida dari sudut agama mahupun kewangan.

“Kak Ida tergolong sebagai Asnaf Al-Riqab kita boleh bantu. Bantuan yang paling cepat adalah Jawi Food Bank.

“Selepas ini kita akan berjumpa dengan Kak Ida untuk melihat apa keperluan yang diperlukan dan kita akan membantu,” kata Mohd Ajib.

AADK juga memaklumkan sedia membantu proses ketagihan Kak Ida dan krew produksi Dengar pada masa akan datang akan melaporkan keadaan terkini Kak Ida selepas dihulur tangan untuk dibimbing keluar dari lorong hitam.

Jika ada terlepas menyaksikan episod ini, anda boleh menontonnya semula di laman Facebook rasmi TV Alhijrah.

DENGAR akan bersiaran setiap hari Khamis, jam 9.00 malam di saluran TV Alhijrah. (Baca: DENGAR – TV Alhijrah Ajak Penonton Selami Kesusahan Rakyat.)

Sumber: Alhijrah News.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response