0 comments

Fuad Ko Tampil Dengan Single Terbaru Berjudul Tanpa Kekasih

by on March 3, 2021
 

Universal Music telah melancarkan sebuah lagu baharu berjudul Tanpa Kekasih nyanyian artis solo, Fuad Ko.

Lagu yang berjudul Tanpa Kekasih ini merupakan ciptaan komposer Wan Salleh dan Fuad Ko sendiri manakala lirik ditulis oleh ITO Lara.

Mempertaruhkan lagu Tanpa Kekasih sebagai single pertama, Fuad Ko nyata teruja menantikan respon para pendengar terhadap lagu tersebut.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini mula menunjukkan minat terhadap muzik sejak di usia 6 tahun lagi. Berkemahiran bermain alat muzik terutama gitar, Fuad aktif merakamkan lagu-lagu ‘cover version’ di akaun media sosialnya.

Nama Fuad bukanlah asing dalam industri hiburan Malaysia. Sebelum ini, Fuad aktif dibelakang tabir sebagai penyanyi latar dalam beberapa persembahan artis popular Malaysia. Antaranya, Fuad pernah berkongsi pentas dengan artis terkemuka tanahair seperti Dato Sri Siti Nurhaliza, Dato’ Jamal Abdillah dan Amy Search untuk persembahan teater muzikal di Istana Budaya dimana Fuad bertindak sebagai koordinator vokal dan penyanyi latar.

Beliau juga pernah terlibat sebagai penyanyi latar dan gitaris untuk konsert artis antarabangsa, Maher Zain dan menjadi koir koordinator sewaktu konsert Opick di Malaysia.

Kepakaran Fuad dalam susunan vokal turut mendapat perhatian kumpulan nasyid popular Inteam yang menggunakan khidmat Fuad sebagai koordinator vokal sewaktu program Gema Gegar Vaganza musim kedua.

Selain aktif merakamkan lagu ‘cover version’ di laman Instagram dan Youtube, Fuad juga aktif terlibat dalam penerbitan lagu untuk penyanyi tersohor antaranya Erra Fazira, Liza Hanim, Nazrey Johani dan artis baru, Asad Motawh.

Lagu Tanpa Kekasih boleh diakses di semua platform digital penstriman muzik seperti Apple Music, Spotify, Joox dan Youtube Music.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response