0 comments

Isu Nabila Razali Di AJL35: Hafiz Hamidun Mohon Diberi Peluang Kedua

by on March 16, 2021
 

Nampaknya masih lagi belum reda kehangatan anugerah paling berprestij, Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35). Walaupun sudah melabuhkan tirainya pada Ahad lalu, cakap-cakap mengenai AJL35 masih berlegar di media sosial.

Terbaru, Hafiz Hamidun tampil memberi penjelasan mengenai ciapan di Twitter beliau yang tular pada malam kemuncak AJL35. Polemik timbul gara-gara Hafiz membuat satu ciapan melahirkan kekecewaan beliau terhadap persembahan Nabila Razali menerusi lagu Peluang Kedua di pentas AJL35.

Ekoran ciapan tersebut, Hafiz Hamidun telah dikritik keras oleh netizen dan isu tersebut menjadi sohor kini di media sosial. Enggan memanjangkan isu, Hafiz bertindak memadam ciapan tersebut. Akan tetapi, isu ini terus menerus tular sehingga mendapat liputan meluas dari media.

Dalam video yang disiarkan di Instagram Aizat Jaafar, Hafiz Hamidun menjelaskan bahawa beliau sekadar memberikan pendapat peribadi dan tidak berniat untuk merendah-rendahkan kemampuan vokal Nabila mahupun lagu Peluang Kedua tersebut.

Sumber: Instagram Aizat Jaafar

First of all, saya nak minta maaf kalau ada yang terasa dengan tweet tersebut. Niat saya tak lain tak bukan sekadar (pandangan) seorang pendengar, penonton. Saya rasa saya seperti (orang) ramai juga menantikan (lagu) Peluang Kedua tersebut. Its a huge song. Lagu itu strong, very great song. So, semua orang mengharapkan yang terbaik, persembahan yang terbaik dari Nabila. So bila mungkin semalam ada masalah sedikit. Saya faham. Mungkin nervous atau apa jua isu yang ada di atas pentas itu menyebabkan delivery lagu itu tak kesampaian di pelusuk jiwa saya.”

Tambah Hafiz, apabila beliau melihat ciapan beliau mula disalah erti, beliau segera memadamkan ciapan tersebut bagi mengelakkan ia berpanjangan.

Saya sekadar buat tweet peribadi. Bila lepas satu dua minit saya tweet tu, ramai pula yang retweet dan ramai pula yang like, so i know ok something is going… in a wrong direction. Orang ambil maksud yang lain pula. Sedangkan saya nak cakap alamak peluang itu telah dibazirkan. Itu saja maksud saya. Tiada niat nak merendah-rendahkan dari segi vokal atau apa semua.”

Saya berkawan dengan Nabila dan saya kenal Nabila. Saya juga kenal manager dia, pihak yang terlibat dengan lagu tersebut. Kita juga berkongsi label Universal Music yang sama. Saya berharap semua orang supaya tidak memanjang-manjangkan isu ini. Saya minta maaf kalau ada yang merasakan tweet saya itu macam berkias sangat sampai ada yang anggap negatif pula.”

Minta maaf, saya sebenarnya tweet mengatakan bahawa kita kena ambil positif dengan apa yang terjadi dan jangan biarkan peluang yang sudah dapat itu dibazirkan begitu saja. cuma mungkin pada yang rasa seolah-olah saya kondem lagu tu, minta maaf saya memang tak ada niat pun. Kalau saya buat salah, saya minta maaf. sebab saya rasa semua orang juga perlu dapat peluang yang kedua. Maaf andai kau terluka kerna ku tak sengaja.”

Diharapkan semua pihak berpuashati dengan penjelasan Hafiz mengenai isu ini. Dalam pada itu, hasil tinjauan kami mendapati, Instagram Nabila Razali telah dibanjiri dengan kata-kata semangat dari rakan-rakan artis termasuk dari Penyanyi Nombor 1 Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Banyak perubahan dan penambahbaikan yang telah ditunjukkan Nabila. Apa pun, Nabila telah melakukan yang terbaik dan kami berharap Nabila akan terus positif, terus belajar serta berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada untuk kebaikan dimasa akan datang.

Kredit: Aizat Jaafar. Gambar: MANGOTOUCH.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response