0 comments

Kenapa Inteam Pilih Sam Bunkface Untuk Kolaborasi?

by on March 28, 2021
 

Oleh: SANADHUM

Peminat nasyid khususnya peminat Inteam bakal dikejutkan dengan satu kolaborasi istimewa bersama Sam Bunkface bersempena Ramadhan ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Inteam, pemenang Anugerah Nasyid Pilihan ANAM2020 itu mengumumkan akan tampil bersama Sam Bunkface dalam sebuah lagu istimewa dibawah label Smileyriver Online.

Untuk rekod, ini merupakan kolaborasi sulung antara Inteam dan Sam Bunkface. Pastinya lagu istimewa ini amat dinantikan oleh para peminat dari kedua-dua kumpulan Inteam dan Bunfkace.

Kami sempat melayari Instagram Smileyriver Online dan mendapati mereka ada menyiarkan hantaran terbaru mengenai projek istimewa ini.

Berdasarkan tanda pagar #MencariSinar yang tertulis pada hantaran tersebut, kami difahamkan ia merujuk kepada tajuk lagu terbaru Inteam dan Sam Bunkface tersebut yang bakal diterbitkan pada Ramadhan tahun ini.

Persoalan yang pasti timbul mengapakah Inteam memilih Sam Bunkface dan apakah cerita disebalik kolaborasi ini?

Sama-sama kita nantikan info dan berita lanjut mengenai ‘Mencari Sinar’ dari kedua-dua belah pihak.

Kami di Munsyeed Dot Com teruja dan tak sabar nak dengar single terbaru ini. Korang teruja tak? – Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response