0 comments

MK K-Clique ‘Keluar Tiga Hari’ Bersama Jemaah Tabligh

by on March 8, 2021
 

Baru-baru ini nama penyanyi rap popular MK K-Clique kembali tular apabila beliau memuatnaik gambar bersama jemaah Tabligh.

Difahamkan, MK atau nama sebenar beliau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25 tahun telah menghadiri kelas belajar ilmu agama bersama jemaah Tabligh di Jerantut, Pahang.

Menurut pengurusnya, MK sendiri yang telah menyuarakan hasrat untuk menyertai kelas agama tersebut.

“Dia sendiri yang nak sertai kelas agama itu. Sepanjang tempoh tiga hati itu dia mengikuti pengajian asas agama termasuklah buat akviti sunnah seperti menunggang kuda dan makan dalam dulang beramai-ramai.”

“Kalau tengok foto dikongsikan, dia nampak seronok. Dia juga tanggal gelang dan rantai semua. Beberapa hari ini dia tak aktif di media sosial nak fokus dengan kelas. Alhamdulillah, benda baik kita sokong, apa yang penting niat dia untuk berubah,” katanya kepada mStar.

Selain MK, kami difahamkan kelas agama tersebut turut dihadiri pelakon Mas Khan dan instafamous Ron Kamisan.

Sumber: Mstar Online.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response