0 comments

MUNSYID Malaysia Bakal Hasilkan Projek Lagu Raya Khas 2021

by on March 16, 2021
 

Selepas kejayaan menganjurkan Anugerah Nasyid Malaysia (ANAM) 2020, Majlis Usahawan Munsyid Malaysia atau MUNSYID Malaysia kini dalam perancangan untuk menghasilkan satu projek lagu raya istimewa sempena Syawal 2021.

Menerusi hantaran yang dikongsi di akaun Facebook Presiden MUNSYID Malaysia; Muhamad Razin Che Mud, projek lagu khas raya 2021 ini akan melibatkan ramai rakan-rakan artis MUNSYID dan ianya terbuka untuk mereka yang berhasrat untuk menyertainya.

Difahamkan, Isman Hijjaz akan bertindak sebagai penerbit bagi lagu raya ini. Manakala Imtiaz Simfoni akan menjadi koordinator projek.

Berdasarkan perkongsian tanda pagar pada hantaran tersebut, dipercayai lagu Pertemuan Di Hari Mulia yang pernah dipopularkan kumpulan nasyid Nadamurni bakal dipilih untuk diberi nafas baru dalam projek lagu raya kali ini.

Dengan berbaki kurang 30 hari lagi sebelum kita menyambut ketibaan bulan Ramadhan, Razin optimis proses rakaman lagu dan penggambaran video klip dapat diselesaikan sebelum Ramadhan.

Pasti ramai yang teruja menantikan projek istimewa MUNSYID Malaysia ini. InshaAllah, kita sama-sama mendoakan agar segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan.

Sumber: Facebook Muhamad Razin Che Mud.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response