0 comments

Rabbani Tampil Dengan Lagu Terbaru, Ulangi Formula Kejayaan di ANAM 2020

by on March 31, 2021
 

Akhirnya yang dinanti telah tiba! Kumpulan nasyid paling popular, Rabbani kini muncul dengan lagu terbaru berjudul Marhaban Ya Rasulallah.

Masih mengekalkan formula yang sama sewaktu mengungguli Anugerah Lagu Nasyid Terbaik, Anugerah Nasyid Malaysia 2020 (ANAM2020), lagu Marhaban Ya Rasulallah ini merupakan lagu ciptaan komposer Daqmie dan lirik oleh ITO Lara.

Menariknya, kali ini Rabbani turut mengundang komposer lagu ini sendiri iaitu Daqmie untuk turut berduet bersama mereka dalam lagu ini.

Lagu Marhaban Ya Rasulallah ini merupakan sebuah lagu unik yang kaya dengan seni nasyid di dalamnya. Bersulamkan alunan Qasidah oleh Daqmie dan vokal Zul Rabbani yang tidak dinafikan lagi, ianya menjadikan lagu ini sungguh istimewa.

Marhaban Ya Rasulallah telah dilancarkan pada 29 Mac 2021 lalu dan boleh mula distrim di semua platform penstriman muzik digital. Video klip lagu Marhaban Ya Rasulallah juga telah disiarkan di Youtube dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari para pendengar.

Oleh itu, jangan ketinggalan untuk mendengar lagu Marhaban Ya Rasulallah oleh Rabbani dan Daqmie di Youtube dan semua platform penstriman muzik yang sah di pasaran.

Adakah Rabbani Production akan mencalonkan lagu ini untuk Anugerah Nasyid Malaysia (ANAM) tahun ini sekaligus mengulangi kejayaan yang ditempa sewaktu ANAM2020? – Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response