0 comments

Ramai Sebak Menonton Video Muzik Terbaru Munif Hijjaz

by on March 4, 2021
 

Mendengarkan bait pertama lagu ini pasti membuatkan para pendengar teringat kepada lagu Kau Sahabat, Kau Teman nyanyian kumpulan Hijjaz. Tetapi, lagu ini sebenarnya telah diberikan nafas baru dengan susunan muzik dan lirik yang disesuaikan dengan judulnya – Kau Guru, Murabbi Sejati.

Single ini merupakan single terbaru Munif Hijjaz dibawah label Munif Hijjaz Production. Difahamkan, lagu ini didedikasikan khas buat para murabbi dan tokoh agamawan yang telah pergi meninggalkan kita.


Ramai yang memberi komen lagu ini berjaya menyentuh hati mereka. Rata-rata menyatakan rasa sebak di ruangan komen video muzik lagu ini kerana penyampaian dan penghayatan yang diberikan oleh Munif menerusi lagu ini. Di akhir video muzik lagu tersebut, dipaparkan satu demi satu wajah murabbi ummah yang telah pergi mendahului kita.

Antaranya Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani), Tan Sri Hassan Azhari, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa, Tuan Guru Datuk Dr. Harun Din, Ustaz Dato’ Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz serta Ustaz Dato Ismail Kamus. Jasa dan pengorbanan mereka amat besar dalam mendidik ummah.


Lagu Kau Guru, Murabbi Sejati ini sudah boleh diakses disemua platform digital penstriman muzik seperti Spotify, Deezer, Joox, KKBOX dan Youtube Music. Video muzik lagu ini juga telah disiarkan di Youtube saluran Munif Hijjaz Channel.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response