0 comments

Sedapnya ZAYNE Cover Lagu Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti

by on March 15, 2021
 

Mungkin hari ini, hari esok atau nanti,

Berjuta memori yang terpateri dalam hati ini…

– Mungkin Hari Ini, Esok atau Nanti oleh Anneth

Indah bait-bait lirik lagu ini. Disusun kemas dari awal lagu hingga akhir. Lagu yang pernah tular di Tiktok ini merupakan nyanyian asal penyanyi Indonesia, Anneth yang turut bertindak sebagai komposer dan penulis lirik bagi lagu ini.

Baru-baru ini, kumpulan ZAYNE telah menyanyikan semula lagu ini untuk versi cover dengan iringan piano sepenuhnya.

Terbuai kami dengan versi piano nyanyian ZAYNE ini. ZAYNE menyanyikan semula lagu ini dengan penuh penghayatan dan penjiwaan yang baik sekali.

Tidak hairanlah apabila lagu ‘cover version’ ini mendapat perhatian ramai pendengar terutama dari Malaysia dan Indonesia yang memuji kelunakan vokal dan penghayatan ZAYNE dalam menyampaikan lagu ini.

Antara maklumbalas yang diterima oleh ZAYNE di ruangan komen.

Sejak disiarkan buat pertama kali pada 13 Mac 2021 di saluran Youtube Inteam Digital, lagu ini telah mencapai lebih 27,000 tontonan dan semakin bertambah.

Untuk rekod, ZAYNE dianggotai 4 orang anak muda; Naufal, Mateen, Furqan dan Abdul Basit. Artis rakaman dibawah label Inteam Records ini telah muncul dengan single berjudul Rindu dan Ya Badratim. ZAYNE juga aktif membuat ‘cover version’ lagu-lagu popular seperti Dia, Setanggi Syurga, Wanita dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk ke Saluran Youtube Inteam Digital untuk menonton lagu-lagu nyanyian ZAYNE.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response