0 comments

Selepas Comel Pipi Merah, Siti Nurhaliza Bakal Tampil Single Terbaru Lagu Kanak-Kanak

by on March 15, 2021
 

Aktif sungguh artis kesayangan ramai ini. Meskipun sedang sarat mengandung anak kedua, Penyanyi Nombor 1 Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza sempat lagi merakamkan sebuah lagu kanak-kanak sebagai single terbaru beliau.

Selepas kejayaan lagu Comel Pipi Merah yang diabadikan untuk puteri sulungnya, Siti Aafiyah, kali ini Siti bakal tampil dengan sebuah lagi lagu bertemakan kanak-kanak.

Berita gembira ini dikongsikan oleh Siti menerusi akaun Instagram beliau, @CTDK dan juga di akaun Facebook rasmi beliau, Siti Nurhaliza.

Menerusi video berdurasi 15 saat tersebut, Siti berkongsi sedutan lagu terbaru beliau yang bakal dilancarkan pada Khamis ini, 18 Mac 2021.

Rata-rata peminat dan rakan-rakan artis teruja menantikan kemunculan lagu kanak-kanak ini. Antaranya personaliti terkenal, Azrinaz Mazhar Hakim yang juga sedang sarat mengandung pada ketika ini.

“Yeayyyy I can sing this song to my kids too.” – Azrinaz Mazhar Hakim.

Pun begitu, ramai yang masih tertanya-tanya. Adakah Siti akan menyanyikan semula lagu kanak-kanak malar segar berjudul Burung Kakak Tua.

Ini kerana, menurut berdasarkan video berdurasi 15 saat itu, ia mirip lagu Burung Kakak Tua. Namun, telahan kami, Siti hanya menyelitkan beberapa rangkap lagu Burung Kakak Tua tersebut di dalam lagu terbaru tersebut.

Ini bukan kali pertama Siti berbuat demikian. Di dalam lagu Comel Pipi Merah sebelum ini, Dato’ Siti pernah menyelitkan rangkap lagu popular Can Mali Can di dalam lagu tersebut.

KEMASKINI – 16.03.2021 – Dato’ Sri Siti Nurhaliza muatnaik satu lagi video teaser terbaru berdurasi 15 saat untuk tatapan para peminat beliau.

Apa pun, semua akan terjawab pada Khamis ini, 18 Mac 2021. Nantikan kemunculan lagu ini di semua platform penstriman muzik digital.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response