0 comments

Video Erti Fatihah Versi Suara Latar Oleh Khairul Anuar Tular Di Twitter

by on March 7, 2021
 

Suara beliau sering melatari iklan-iklan dan program-program berprestij di stesen televisyen tempatan. Tidak hairanlah, jika kita mendengarkan suara emasnya, pasti kita akan teringat kepada acara berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL). Keunikan vokalnya begitu dikagumi sehingga ramai yang tercari-cari pemilik suara emas ini. Beliau adalah Khairul Anuar Azmi, seorang professional dalam suara latar atau ‘voice over’ di Malaysia.

Baru-baru ini Khairul Anuar telah membuat satu video suara latar Erti Surah Al-Fatihah di akaun Twitter milik beliau. Video suara latar Erti Al-Fatihah tersebut telah tular di Twitter dengan merekodkan jumlah tontonan melebihi 158,000 tontonan sejak ia diterbitkan pada 5 Mac lalu.

Rata-rata pengguna Twitter memberi respon positif apabila menonton video Erti Al-Fatihah tersebut. Ada juga dikalangan pengguna Twitter yang memberi komen suara Khairul Anuar ‘seperti iklan di TV3’. Tidak kurang juga yang teringat kepada iklan kurma Yusof Taiyob yang pernah dilakukan oleh Khairul Anuar satu ketika dahulu.

Apa pun, video Erti Al-Fatihah versi suara latar ini sangat menarik dan bermanfaat untuk ditonton. Kami di Munsyeed Dot Com mengucapkan syabas kepada Khairul Anuar Azmi atas usaha murni beliau tersebut.

Selain aktif berkongsi video suara latar, Khairul Anuar juga aktif berkongsi tips membuat suara latar di akaun Twitter beliau. Kepada mereka yang berminat, boleh ikut Twitter Khairul Anuar Azmi atau boleh sertai Telegram NuarStoryTeller.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response