0 comments

Zul Rabbani Feat Munif Hijjaz – Pertembungan Dua Sifu Nasyid Malaysia

by on March 15, 2021
 

Dua nama besar dalam industri nasyid bakal berpadu suara menerusi lagu Ramadhan Kareem yang bakal terbit tidak lama lagi.

Menerusi suatu hantaran yang dikongsi di akaun Facebook Munif Hijjaz, Munif bakal berkolaborasi bersama Zul Rabbani dalam lagu Ramadhan Kareem sempena Ramadhan pada kali ini.

Menariknya, lagu ini bakal dihasilkan dengan 100% muzik perkusi (100% percussion) yang pastinya akan memberi satu pengalaman menikmati lagu (‘listening experience’) yang istimewa buat para pendengar nanti.

Lagu ini juga akan diiringi penyanyi latar dari kumpulan Zawfan.

Kolaborasi dua nama besar ini pastinya amat dinantikan para peminat. Ditambah pula dengan konsep muzik perkusi dan iringan penyanyi latar yang cukup hebat, kami optimis lagu ini bakal mendapat tempat di hati para peminat apabila diterbitkan kelak.

Jadi, nantikan kemunculan lagu Ramadhan Kareem di pasaran!

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response