0 comments

“Betul ke masih ada yang nak dengar lagu 100% percussion?” – Munif Hijjaz

by on April 2, 2021
 

Terbuai dalam keasyikkan mendengar lagu terbaru yang menggabungkan dua sifu nasyid Malaysia; Munif Hijjaz dan Zul Rabbani. Kehebatan vokal dua vokalis utama nasyid ini sudah tidak dinafikan lagi. Diiringi alat muzik perkusi (live percussion), lagu Ramadhan Kareem nyanyian Munif Hijjaz dan Zul Rabbani ini jika ditamsilkan sebagai sebuah masakan, boleh dikatakan cukup bahannya dan cukup rasanya – sedap!

Kami akan berlaku tidak adil jika tidak menulis mengenai lagu Ramadhan Kareem ini pada hari ini. Lagunya sempurna. Membawa ‘mood‘ lagu-lagu Nadamurni satu ketika dahulu. Muziknya sederhana, tidak terlalu kalut. Ada tempo-temponya seiring pukulan pemuzik pada rebana dan alat muzik perkusi yang lain.

Lagu ini juga istimewa sebab lagu ini ditulis oleh Atie Zam; seorang penulis lirik prolifik yang sangat indah susunan bahasanya. Tiada yang dapat diungkapkan selain terima kasih kepada Atie Zam kerana masih terus menghidangkan karya bermutu seperti ini.

Lagu berdurasi 7.38 minit ini juga tidak lengkap tanpa suara harmoni dari Zawfan. Zawfan memainkan peranan yang sederhana dan cukup baik. Tidak overshadow penyanyi utama dan sesama mereka tiada yang dominan. Saling melengkapi dan menyempurnakan lagu ini dengan baik.

Respon yang diterima dari pendengar juga amat positif. Hampir semua meninggalkan komen positif di ruangan komen video muzik ini di Youtube. Kami rasa, kesemua komen ini menjawab persoalan yang pernah dilontarkan oleh Munif Hijjaz awal bulan lepas sama ada masih terdapat pendengar yang mahukan lagu nasyid 100% percussion.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dengan lagu Ramadhan Kareem ini. Lagu ini sudah mula berada di semua platform penstriman muzik digital yang sah dan video muzik Ramadhan Kareem sudah mula disiarkan di saluran Youtube Munif Hijjaz Channel. – Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response