0 comments

Imam Muda Hassan Tempelak Iklan Raya Promosi Judi, Gesa Hormati Bulan Ramadan

by on April 16, 2021
 

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai sebuah klip video sempena Hari Raya yang mempromosikan judi dalam talian. Lebih menyedihkan, video tersebut mempromosikan judi dalam suasana menyambut Hari Raya dan disebarkan dalam keadaan umat Islam sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan.

Perbuatan tidak bertanggungjawab ini telah ditemplak dengan keras oleh pendakwah terkenal Imam Muda Hassan.

Imam Muda Hassan menegaskan bahawa klip video tersebut merupakan suatu perbuatan biadap dan tidak bermaruah.

Tambah beliau lagi, semua pihak seharusnya menghormati bulan Ramadan dengan melakukan amal kebaikan dan bukannya melakukan perkara-perkara kemungkaran yang tidak mendatangkan faedah.

Klip video tersebut tular sejak semalam lagi dan mendapat kritikan dan kecaman keras dari netizen.

Pihak berkuasa digesa untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang bertanggungjawab disebalik klip video ini supaya lebih sensitif dan tidak berterusan melakukakan perkara-perkara yang bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang di Malaysia. – Munsyeed.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response