0 comments

Isu Neelofa dan Selipar ‘Muslim Friendly’, Fipper Tampil Beri Penjelasan

by on April 8, 2021
 

Baru-baru ini tular di media sosial apabila netizen mempersoalkan produk Fipper x The Noor yang dipromosikan sebagai produk ‘Muslim Friendly’.

Gara-gara isu tersebut, personaliti Neelofa dikecam teruk di media sosial. Bagaimanapun, pihak Fipper Slipper tampil memberikan penjelasan.

Menurut satu kenyataan yang disiarkan pihak Fipper di media sosial, produk Slip On, Fipper x TheNoor yang dilancarkan baru-baru ini merupakan produk khas yang direka sesuai untuk muslimah yang berstokin.

Ini kerana, produk Fipper sebelum ini dikatakan tidak sesuai untuk muslimah yang berstokin kerana sedikit licin berbanding produk Slip On Fipper x TheNoor ini.

Oleh itu, pihak Fipper berharap agar penjelasan ini menjawab kekeliruan yang berlaku. Fipper juga turut memohon maaf di atas kekeliruan yang timbul.

Kolaborasi antara Fipper x TheNoor ini sebenarnya memberi banyak manfaat khususnya kepada muslimah yang suka dengan produk Fipper ini. Dengan kualiti selipar getah yang premium, selesa dan tahan lama, Fipper dengan tagline ‘Feel the Rubber’ menjadi pilihan ramai yang suka akan kualiti premiumnya.

Produk Slip On Fipper x TheNoor kini sudah berada di pasaran dan dijual dengan harga RM79.90.

Kepada yang berminat, boleh dapatkan produk ini di seluruh outlet Fipper di seluruh Malaysia dan juga boleh ditempah secara atas talian di www.fipperslipper.com. – Munsyeed.

Sumber gambar: Neelofa, Fipper Slipper.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response