0 comments

“Lagu sedap, video muzik gempak..” – Lagu Bukti Nyanyian Autotune Band x The Truth Dipuji Peminat

by on April 15, 2021
 

Pernah viral menerusi cover Panama versi dakwah di YouTube Malaysia, Autotune Band tampil berani mempersoalkan bukti cinta sebenar umat Islam dalam sebuah karya baru bertajuk BUKTI.

BUKTI membawakan mesej berkenaan kecintaan kita kepada llahi. Hari ini ramai yang mengaku dirinya bertuhan, namun menjadi persoalan apabila berlaku pertembungan antara kenginan duniawi dan cinta terhadapNya. Adakah ianya hanya sekadar bait-bait yang keluar dari mulut atau terbukti seiring dengan perbuatan kita.

Menurut Hafiz Autotune Band, single BUKTI menggunakan pendekatan yang lebih berterus-terang dalam menyampaikan persoalan pokok lagu terbaru mereka. Walau bagaimanapun elemen bahasa melayu yang puitis masih lagi diterapkan.

“Kami cuba untuk mengelakkan penggunaan lirik yang ada double meaning. Dalam persoalan tauhid, ia perlu disampaikan dengan bahasa yang jelas agar tiada salah faham yang timbul di kalangan pendengar.”

“Insya Allah anak muda hari ini akan lebih mudah faham mesej di dalam lirik lagu yang tidak terlalu kompleks laras bahasanya.

Ingin mengelakkan sebarang kekeliruan, Naufal The Truth berkata BUKTI bukan sebuah karya yang bersifat judgemental. Menurut beliau, persoalan “memilih antara wahyu dan nafsu” adalah isu dan situasi yang sering dihadapi setiap hari oleh semua orang tidak terkecuali para ilmuwan agama sekalipun.

“Bukan niat kami untuk mempersoalkan kejujuran dan keikhlasan cinta seseorang terhadap Yang Maha Esa. Apa yang ingin kami lontarkan di dalam lirik BUKTI adalah sebuah kenyataan yang diharapkan akan menjentik hati pendengar untuk menilai diri sendiri sejauh mana mereka jujur dalam mencintai Allah swt dan Rasul saw.

“Adakah cinta ini hanya sekadar lafaz di bibir? Kalau benar cinta, apa buktinya?

Mengetengahkan irama Hip Hop/Trap di dalam nasyid, BUKTI memperdengarkan sentuhan sulung pelukis komik dakwah terkenal, Abeben (Lukisan Tarbiah) bersama ustaz Adnin Roslan dan juga Rahman Dashuki.

Maklumbalas yang diterima mengenai lagu BUKTI dan video muziknya sangat positif. Ramai yang memuji keunikan lagu serta video muzik yang dihasilkan.

Terdahulu, Autotune Band pernah berkerjasama dengan pendakwah muda, Iddin Ramli menerusi lagu Jauh. Kini mereka berkolaborasi bersama duo yang kian meningkat naik di dalam industri nasyid, The Truth yang dianggotai Naufal Isa dan Irwan Fariz.

Menerusi gandingan itu, mereka berharap mesej yang ingin disampaikan akan diterima dengan baik oleh semua rakyat Malaysia.

Klip video rasmi BUKTI nyanyian gandingan Autotune Band dan duo The Truth itu kini sedia ditonton di saluran rasmi YouTube Tarbiah Sentap serta semua platform digital termasuk Joox, Apple Music dan Spotify.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response