0 comments

Macam Tak Percaya! Faizal Tahir Ajak Mirwana ‘Remake’ Lagu Aku Tanpa CintaMu 2021

by on April 7, 2021
 

Nampaknya pengumuman ini nyata memberi kejutan paling istimewa buat peminat-peminat nasyid khususnya peminat kumpulan Mirwana. Setelah hampir 17 tahun kemunculan lagu Aku Tanpa CintaMu yang menaikkan dan memperkenalkan Mirwana dalam industri, kali ini Faizal Tahir dan Mirwana bakal disatukan semula menerusi lagu hits mereka yang diberi nafas baru, Aku Tanpa CintaMu 2021.

Berita gembira ini telah dikongsi oleh kumpulan Mirwana dan Faizal Tahir sendiri di akaun media sosial mereka. Hasil tinjauan kami mendapati, perkongsian di Facebook MIrwana sendiri telah mendapat lebih 900 kongsian (share), 400 komen dan 2,400 yang memberi tanda suka (Like). Manakala perkongsian Faizal Tahir di Instagram merekodkan lebih 36,000 tanda suka (Like), 146,000 jumlah tontonan dalam masa tidak sampai 24 jam.

Menurut Faizal, lagu Aku Tanpa CintaMu 2021 ini bakal dimuatkan dalam album QIBLA yang akan berada di pasaran pada 9 April 2021. Serentak dengan tarikh itu, Faizal turut akan melancarkan video muzik Aku Tanpa CintaMu 2021 di saluran Youtube.

Dalam video acah (teaser) berdurasi 28 saat yang dikongsikan Faizal Tahir, terdapat 3 buah lagu yang bakal dimuatkan dalam koleksi audio QIBLA ini iaitu Aku Tanpa CintaMu 2021, Syahadah dan Ceria Aidilfitri. Manakala bonus track akan menampilkan audio Borak Barang Baik (Versi Tadabbur).

Walaupun hanya 5 saat sahaja yang dipertontonkan untuk lagu Aku Tanpa CintaMu 2021, ternyata peminat sangat teruja menantikan lagu ‘remake’ ini. Apa pun, nantikan 9 April ini untuk dengar keseluruhan lagu dan album ini.

Kepada mereka yang ingin membeli Box Set QIBLA Faizal Tahir Edisi Terhad, boleh layari laman web www.faizaltahir.com pada 9 April 2021. – Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response