0 comments

Maher Zain Ubati Kerinduan Peminat, Lagu Qalbi Sajad Dijangka Bakal Hit

by on April 8, 2021
 

Ini adalah berita paling gembira yang dinanti-nantikan oleh peminat Maher Zain. Artis antarabangsa ini bakal muncul dengan sebuah mini album berjudul Nour Ala Nour.

Nour Ala Nour yang bermaksud Cahaya Atas Cahaya ini merupakan mini album Maher Zain yang akan menampilkan 7 buah lagu. Walaubagaimanapun, lagu-lagu dalam album ini tidak akan diterbitkan secara serentak.

Lagu-lagu dalam mini album ini akan diriliskan secara berperingkat berdasarkan tarikh-tarikh yang telah dipilih oleh Maher Zain dan pihak pengurusan, Awakening Music.

Lagu pertama berjudul Ramadan Gana telahpun berada di semua platform penstriman muzik yang sah pada hari ini, 7 April 2021. Lagu berbahasa Arab ini merupakan ciptaan bersama Anwer Hussam, Hussein Tantawi, Mahmoud El-Sherif dan Maher Zain sendiri.

Senarai lagu dan tarikh lagu tersebut akan berada di pasaran muzik digital.

Lagu kedua, Laytaka Ma’ana akan menemui peminat pada 16 April 2021. Noor Ala Noor pada 23 April 2021 dan Hubb Ennabi pada 30 April 2021.

Seterusnya lagu Qalbi Sajad akan berada di semua platform penstriman muzik digital pada 7 Mei 2021 dan akhir sekali, lagu Huwa Ahmadun serta bonus track Qalbi Sajad (Extended Version) akan terbit pada 12 Mei 2021.

Berdasarkan senarai lagu yang telah diumumkan ini, kami menjangkakan lagu Qalbi Sajad bakal diketengahkan sebagai lagu utama dan hit memandangkan terdapat bonus track lagu Qalbi Sajad (Extended Version) pada track yang ke-7 dalam album ini.

Kemunculan mini album ini pasti mengubat kerinduan para peminat terutama yang menantikan buah tangan terbaru artis kelahiran Sweden ini. Jika dilihat dari judul lagu yang kesemuanya berbahasa Arab, tidak mustahil lagu-lagu yang akan terbit ini merupakan lagu berbahasa Arab sepenuhnya dengan fokus pasaran di Timur Tengah.

Pun begitu, kami percaya pihak Maher Zain dan Awakening Music pasti tidak akan melupakan para peminatnya di Asia Tenggara khususnya Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura yang majoritinya berbahasa Melayu.

Tidak mustahil mereka akan mempertimbangkan untuk menghasilkan lagu versi Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris (English Version) jika terdapat permintaan dari para pendengar.

Apa pun, kita nantikan kemunculan lagu-lagu terbaharu ini di pasaran kelak! – Munsyeed.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response