0 comments

Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

by on April 19, 2021
 

Alhamdulillah, penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor pada pukul 6.21 pagi tadi.

Bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Siti Nurhaliza Productions (SNP), Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana Siti telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.

Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.

Beliau dan isteri juga ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.

Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.

Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.

Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah s.w.t.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response