0 comments

Susah Nak Cari Pendakwah Yang Bersuara ‘Jantan’, Alyah Akhirnya Pilih…

by on April 13, 2021
 

Dalam diam, rupanya penyanyi terkenal Datin Alyah bakal bekerjasama dengan Pencetus Ummah Muhammad Haris Bin Mohd Ismail atau PU Riz tidak lama lagi.

Dalam satu temubual bersama Harian Metro, Alyah memaklumkan bahawa beliau akan berkolaborasi dengan PU Riz menerusi sebuah lagu berjudul Thank You Allah.

Menurut Alyah, penglibatan PU Riz dalam lagu itu adalah sebagai pelakon yang akan bermonolog dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.

Saya rasa dia boleh menyanyi dengan baik juga – Alyah

Mengulas mengenai bagaimana boleh tercetusnya idea untuk berkolaborasi dengan PU Riz, Alyah berkata keunikan suara PU Riz merupakan antara faktor bagaimana idea kolaborasi ini terhasil.

“Saya tahu Riz menerusi kerjaya sebagai pelakon, pendakwah bebas dan cerita yang dipaparkan saja. Malah dalam filem Ada Apa Dengan Dosa, dia berlakon dan saya menyanyikan lagu tema filem itu. Tapi (saya) tidak tahu kemampuan lain yang dimiliki (PU Riz).”

“Ketika proses masukkan vokal tak sangka kemampuan dia besar dan bermonolog dengan baik. Apabila dia datang dan dengar suara, saya berasa dia boleh menyanyi dengan baik juga. Namun, tak boleh nak teroka banyak perkara sebab tahu dia sebagai pendakwah saja. Apabila sudah kenal, banyak perkara dalam diri dia nak buat, cuma mungkin kena beri waktu dulu,” ujar Alyah.

Cari Pendakwah Bersuara ‘Jantan’

Tambah Alyah lagi, sebenarnya bukan mudah untuk dapatkan PU Riz bagi projek ini.

“Diakui nak dapatkan Riz memang susah, cuma lagu ini perlukan dia. Nak cari pendakwah yang memiliki suara ‘jantan’ memang susah. Kebanyakan yang ada di Indonesia, tapi di Malaysia sangat terhad. Apabila dengar suara dia, itulah yang lagu ini perlukan.”

“Dalam erti kata lain, suara Riz ini sangat terhad. Bukan cakap sebab nak ‘trending’, tapi kalau tanya saya lima tahun lalu dan lima tahun akan datang, itulah jawapan saya. Apabila dia masukkan vokal dan dengar, baru nampak kelebihan dan kemampuan dia. Mungkin selama ini orang hanya bercakap soal peribadi saja. Bakat dia banyak lagi boleh terokai. Dia ada karakter suara seperti pelakon hebat lain, cuma bezanya dia pendakwah,” katanya.

Alyah juga berkata, pemilihan PU Riz bukan dibuat secara semberono sahaja. Tetapi, melihatkan bakat dan mutu lakonan serta cara beliau melontarkan dialog membuatkan pihak produksi memilih PU Riz.

“Kami bukan main ambil saja, tapi kita tengok lakonan dia dan macam mana dia lontarkan dialog. Bagi monolog, dia berikan input dengan ayat sendiri. Monolog (tersebut adalah) idea dia sendiri dalam bahasa Melayu dan Arab.”

Lagu Thank You Allah ini merupakan ciptaan bersama Alyah dan Omar K. Manakala lirik ditulis oleh artis berbakat besar, Ikhwan Fatanna.

Sumber: Harian Metro.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response