0 comments

Terkedu Cik Man Apabila Diusik Che Ta Berkaitan Isu Mekap. Kelakar sungguh!

by on April 3, 2021
 

Meriah betul bila Cik Man bertemu dengan Che Ta dalam sesi soal jawab agama yang disiarkan oleh My Salam Muslim. Bak kata orang utara, dua-dua sama naik!

Menerusi video yang disiarkan di saluran Youtube My Salam Muslim, Cik Man dan Che Ta bergandingan dalam satu sesi soal jawab berkaitan agama. Soalan-soalan yang diajukan akan dibaca oleh Che Ta dan dijawab oleh Cik Man. Ia juga turut diselangselikan dengan perbincangan dan pencambahan idea daripada Che Ta.

Bagaimanapun, sesi soal jawab tersebut menjadi hangat dan lawak apabila Che Ta turut mengusik Cik Man dalam isu berkaitan lelaki yang memakai mekap.

Cik Man: “Apa hukum pakai mekap untuk perempuan dan lelaki?

Che Ta: “Tadi Cik Man mekap…”

Cik Man yang kelihatan terkedu diusik Che Ta akhirnya menerangkan pemakaian make-up oleh lelaki dibenarkan dalam keadaan tertentu dan bergantung kepada kesesuaian contohnya untuk tujuan elak muka berminyak ketika dalam penggambaran, bersifat rawatan dan yang paling penting pemakaian mekap tersebut mestilah tidak berlebihan sehingga menyerupai perempuan.

Komen-komen penonton di Instagram My Salam Muslim.
Komen-komen penonton di Instagram My Salam Muslim.

Kami tertarik dengan keserasian Che Ta dan Cik Man dalam mengendalikan sesi soal jawab tersebut. Kedua-duanya dilihat bersahaja dalam mengendalikan sesi soal jawab tersebut. Jawapan yang diberikan oleh Cik Man terhadap soalan-soalan yang dikemukakan mudah difahami. Che Ta juga tidak kurang hebatnya apabila turut berkongsi ilmu pengetahuan dan pendapatnya sambil dibimbing oleh Cik Man.

Selain video ini, terdapat beberapa video lain yang menampilkan Cik Man dan Che Ta dalam sesi soal jawab ini. Semuanya boleh ditonton di saluran Youtube My Salam Muslim. – Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response