0 comments

Wahai Pemilik Jiwa – Opick Kongsi Luahan Rasa Hati

by on April 12, 2021
 

Pasti ramai yang merindui kemunculan lagu baru dari penyanyi nasyid Indonesia, Opick. Pelantun lagu Ramadhan Tiba ini acapkali memilih bulan Ramadhan sebagai bulan untuk beliau berkongsi karya-karya indahnya bersama peminat.

Pada Ramadhan kali ini, Opick tampil dengan sebuah mini album berjudul Wahai Pemilik Jiwa. Mini album ini telah diterbitkan pada tanggal 8 April 2021.

Album terbitan Nada Hijrah/ Forte Records ini menampilkan 6 buah lagu iaitu Sang Cahaya Kehidupan (Sholawat), Wahai Pemilik Jiwa, Indahnya Ramadhan, TanpaMu, Allahu Ya Karim dan Jangan Tangisi.

Menurut Opick, sepanjang pandemik COVID-19 yang melanda dunia, beliau sempat menghasilkan lebih 30 buah lagu baru. Setelah penelitian dibuat, akhirnya beliau memilih 6 buah lagu untuk dimuatkan dalam mini album ini.

Opick juga mengakui, lirik-lirik lagu yang dihasilkan beliau sebenarnya datang dari hati.

“Lirik lagu ini benar-benar rasa hati. Saya menuangkan semua apa yang saya rasakan. Saya mengajak pendengar lagu ini untuk merasakan hal yang sama,” ujar Opick.

Tambah Opick lagi, disaat dunia sedang dilanda pandemik COVID-19 ini, kita seharusnya bermuhasabah dan memohon pertolongan daripada Allah Yang Maha Berkuasa.

“Kita harus kembali pada Allah, memohon pertolongan, menyandarkan segala urusan kepada Sang Khalik di tengah masa sulit ini,” kata Opick.

Mini album Wahai Pemilik Jiwa oleh Opick telahpun berada di semua platform penstriman muzik digital yang sah bermula 8 April 2021. Dengar dan rasai sendiri luahan hati Opick menerusi lagu-lagu yang dihasilkan.

Kepada Opick, tahniah di atas kemunculan mini album ini. Semoga terus sukses dalam berdakwah dan menjadi inspirasi buat para pendengar.

Sumber: Yahoo! Berita.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response