0 comments

YaPEIM Gold Hasilkan Wafer Emas Siti Nurhaliza Sempena Jubli Siti 25 Tahun

by on April 8, 2021
 

Nampaknya penyanyi kesayangan ramai ini terus menerus menerima penghargaan sempena ulangtahun ke-25 beliau dalam industri. Terbaru, YaPEIM Gold Sdn Bhd (YaPEIM Gold), sebuah institusi milik penuh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah bekerjasama dengan Penyanyi Nombor Satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dengan menghasilkan Wafer Emas Jubli Siti 25 Tahun.

Wafer Emas Jubli Siti 25 - Siti Nurhaliza x YaPEIM. Sumber: YaPEIM Gold.
Wafer Emas Jubli Siti 25 – Siti Nurhaliza x YaPEIM. Sumber: YaPEIM Gold.

Koleksi Wafer Emas Jubli Siti 25 tahun ini didatangkan dengan variasi 1g, 5g dan Dinar Emas (4.25g) dengan ketulenan emas 999. Setiap Wafer Emas ini disertakan dengan kad pengesahan ketulenan yang ditandatangan oleh Penguji Emas bertauliah.

Menariknya, terdapat logo Jubli Siti 25 Tahun beserta no siri pada wafer emas ini menjadikan koleksi edisi terhad ini sangat istimewa.

Dengan kemasan berbentuk kad ini, wafer emas ini mudah disimpan dan dibawa kemana-mana sahaja.

Siti dan suami di Majlis Pelancaran Wafer Emas Jubli Siti 25 - Siti Nurhaliza x YaPEIM. Sumber: SNP.
Siti dan suami di Majlis Pelancaran Wafer Emas Jubli Siti 25 – Siti Nurhaliza x YaPEIM. Sumber: SNP.

Wafer emas Jubli Siti 25 Tahun keluaran YaPEIM Gold ini merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan masyarakat terutama peminat- peminat Siti Nurhaliza sendiri untuk menjadikan wafer emas ini koleksi peribadi sekaligus mendidik masyarakat untuk menyimpan emas. Di samping itu juga, dengan jualan Wafer emas 999 ini secara tidak langsung disumbangkan ke Tabung Amanah YaPEIM untuk meningkatkan aktiviti pembangunan sosioekonomi dan Amal Jariah oleh YaPEIM.

Pengumpul atau peminat wafer emas Edisi Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini boleh mendapatkan edisi Khas ini melalui Platform Digital YaPEIM (DiYa), Aplikasi AVANA, YaPEIMall, Outlet YaPEIM Gold di Nu Sentral Kuala Lumpur, YaPEIM Gold Akses di Bandar Tun Razak dan di ke semua 212 cawangan Ar Rahnu YaPEIM seluruh Malaysia.

Bagi siri 1 gram, peminat dan pengumpul emas boleh mendapatkan edisi terhad berkenaan pada harga RM360 bagi setiap satu selain berpeluang memilih reka bentuk yang diminati kerana didatangkan khas dengan tiga variasi.

Manakala, bagi koleksi 1 Dinar (4.25 gram) pula dijual dengan harga RM1,350 setiap satu selain turut hadir dengan reka bentuk dan grafik yang menarik sekaligus sesuai untuk dijadikan koleksi memorabilia khususnya bagi peminat setia Dato’ Seri Siti Nurhaliza.

Semoga perjalanan seni Dato’ Sri Siti Nurhaliza terus mekar dan mewangi selain memangkin usaha YaPEIM dalam memberi nilai tambah kepada rakyat Malaysia ke arah konsep penyimpanan emas yang telus, mudah dan meningkatkan ekonomi ummah khususnya.

p/s: Kami pun baru sahaja menempah Wafer Emas Jubli Siti 25 Tahun Edisi Terhad ini. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan koleksi istimewa ini di seluruh cawangan YaPEIM Gold yang berhampiran.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response