Nalurinya sebagai lelaki begitu tersentuh dengan kehadiran cahaya mata yang begitu mendamaikan, anugerah dari ALLAH SWT. Ahmad Fedtri Yahya yang merupakan personaliti TV3 melahirkan rasa syukur kepada ALLAH SWT di atas kelahiran puteri sulung beliau dan isteri, Anati Ismail pada 30 April 2012.
Isteri Fedtri, Anati Ismail telah selamat melahirkan bayi comel ini di Hospital Pusrawi, Kota Damansara pada hari Isnin, 30 April 2012 kira-kira jam 10.50 malam. Bayi seberat 3kg ini selamat dilahirkan secara normal. Sewaktu isterinya bertarung nyawa melahirkan bayi comel ini, Fedtri setia menemani isterinya di dewan pembedahan.
Indah Sutera Jannah Binti Ahmad Fedtri; begitulah istimewanya nama puteri sulung pasangan Ahmad Fedtri Yahya dan isteri, Anati Ismail. Semoga Indah Sutera Jannah menjadi anak yang solehah, penyejuk mata dan penawar hati buat ayahanda dan bondanya. Tahniah diucapkan kepada Fedtri dan isteri.
Berikut disiarkan gambar-gambar Indah Sutera Jannah Binti Ahmad Fedtri. Gambar ini disiarkan dengan kebenaran Ahmad Fedtri Yahya dan AzmirKhalid Photography. Sila klik pada gambar untuk paparan lebih besar.
Indah Sutera Jannah menjalani sesi fotografi bersama AzmirKhalid Photography
.
Indah Sutera Jannah Binti Ahmad Fedtri
.
Nyenyaknya Indah Sutera Jannah tidur…
.
Ini sangat comel dan kreatif! Azmir Khalid memang ‘stylo’
.
.
Fedtri dan Anati bersama cahaya mata sulung mereka. 🙂
Untuk makluman semua, AzmirKhalid Photography menyediakan perkhidmatan fotografi secara professional kepada pasangan suami isteri yang ingin mengabadikan saat-saat indah bersama bayi yang baru dilahirkan. Di Facebook AzmirKhalid Photography, ada banyak gambar bayi yang comel-comel. Rasa ingin cium semua bayi comel yang ada. 🙂
-Munsyeed{Dot}Com