Connect with us

Berita

Artis Baru HRSB – Taleeb Mizad

Diterbitkan

pada

Taleeb Mizad

Taleeb Mizad

Mungkin ketika nama Abdul Muttaleeb Mizad diumumkan pada 15 Disember 2012 di Anugerah Planet Muzik Singapura, tidak ramai yang mengenali beliau. Anak muda kelahiran Muar, Johor Darul Takzim ini sememangnya seorang anak muda yang berjiwa seni dan seharusnya dijadikan contoh anak muda yang berjaya dikalangan belia. Taleeb Mizad, dilahirkan di Muar Johor pada 6 Februari 1989. Beliau merupakan anak keempat dari 5 orang adik beradik.

Taleeb Mizad mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Limpoon (2) Batu Pahat. Beliau merupakan seorang pelajar aktif dan telah menjadi anak emas sekolah tersebut. Beliau turut mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR dan mendapat anugerah tertinggi di sekolah iaitu ‘Tokoh Bestari’. Beliau adalah satu-satunya pelajar pada tahun tersebut yang dapat melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR), Seremban, Negeri Sembilan.

Sepanjang beliau di SDAR, beliau bergiat aktif dalam menyumbangkan bakat seni beliau apabila menyertai Simfoni Orkestra SDAR dari tahun 2002-2006 dan beliau telah bertanding di peringkat negeri, kebangsaan malahan peringkat antarabangsa. Beliau menyertai Pertandingan Pancaragam dan mewakili Negeri Sembilan di peringkat kebangsaan pada tahun 2002. Beliau merupakan ketua seksyen instrumen flute di SDAR. Sepanjang berkecimpung dalam pasukan pancaragam, beliau telah mendapat jemputan untuk membuat persembahan bersama Simfoni Remaja Kebangsaan yang diadakan di Istana Budaya. Beliau turut menyertai pertandingan Wind Orchestra di Kuala Lumpur Convention Centre sempena Persidangan Pendidikan Muzik Sedunia (ISME) pada tahun 2006.

Selain daripada minat dalam bidang seni, beliau turut aktif dalam bidang sukan bola sepak dan futsal. Beliau telah memenangi Kejohanan Bola Sepak bawah 15 tahun di peringkat Negeri Sembilan semasa di SDAR.

Taleeb Mizad

Taleeb Mizad

Beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) selama dua tahun (2007-2008) dan telah mewakili KMNS dalam sukan bola sepak dan menjadi presiden futsal KMNS pada tahun 2008. Beliau cukup disegani di matrikulasi kerana bakat beliau yang luarbiasa dan tidak sombong dengan kawan-kawan malahan pensyarah di KMNS. Selepas tamat pengajian di KMNS, beliau mendapat tawaran menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM),Skudai Johor Bahru dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina.

Setelah mendaftarkan diri sebagai pelajar Universiti Teknologi Malaysia, beliau aktif melibatkan diri mewakili universiti dalam sukan futsal dan mwakili futsal UTM 2009-2012 sempena MASUM (Majlis Sukan Universiti Malaysia). Beliau merupakan presiden Student Athlete Sport Council (majlis tertinggi sukan UTM) 2012-2013, Ketua Pasukan Futsal UTM Skudai 2011-2013 dan Pengurus Pasukan Futsal UTM Skudai 2012-2013. Selain daripada sukan bola sepak dan futsal, beliau juga berbakat dalam melakukan aksi gaya bebas bola sepak. Di channel Youtube beliau, terdapat banyak video Joga Taleeb yang menyaksikan aksi beliau dengan bola sepak. Selain itu, Taleeb Mizad pernah mengadakan persembahan ‘Freestyle’ di Putrajaya dihadapan Menteri Belia Dan Sukan YB. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek pada tahun 2011, membuat persembahan Football freestyle di Pavilion sempena Malaysian Arts Style international Festival (MASiF) 2010 dan SAFWA HEALTH IDOLA BOLA 2010 sebagai finalist pertandingan football freestyle di Ampang.

Di universiti, beliau turut dikenali dalam bidang seni lukis atas bakat beliau yang mahir membuat lukisan sketch secara free hand permandangan dan bangunan bersejarah seperti Eiffel Tower dan Taj Mahal. Beliau pernah mendapat Anugerah Dekan dan mengekalkan prestasi terbaik dalam bidang pelajaran. Beliau juga mahir menggunakan software untuk membuat pelan 3D bangunan menggunakan Google Sketchup, AutoCad dan Lumion. Beliau juga mahir menggunakan Adobe After Effect untuk membuat efek2 khas seperti yang ada di Channel Youtube beliau ‘Taleeb Mizad’ yang berjudul ‘Tiga Abdul.

Beliau banyak mendapat jemputan untuk membuat persembahan nyanyian di peringkat universiti dan kebangsaan. Beliau pernah membuat persembahan ketika Suara Siswa di UTM bersama Dr Fadzley anjuran bersama RTM. Beliau juga pernah membuat persembahan nyanyian bersama Rahmat Mega ketika Kayuhan Hijau UTM. Beliau turut menjadi pengacara, membuat persembahan nyanyian, flute, drum dan freestyle ketika acara berprestij TERANG! 2011 Architectural Workshop peringkat Malaysia di UTM Skudai.

Taleeb Mizad juga pernah menjadi Finalist (best 15) Best Dressed Real Men ESQUIRE di wardrobe Bangsar Kuala Lumpur pada tahun lepas.

Taleeb Mizad

Taleeb Mizad

Hasil usaha beliau sendiri yang banyak membuat video ‘cover’ lagu-lagu artis yang popular tempatan dan antarabangsa seperti Ombak Rindu, Ku Pinang Kau Dengan Bismillah, Im Yours dan Sudah Cukup Sudah, akhirnya pada tanggal 15 Disember 2012, beliau telah memenangi Anugerah ‘Nova Media Baru’ di Anugerah Planet Muzik 2012 di The Max Pavilion Singapore atas undian orang ramai bagi Youtubers di peringkat Asia Tenggara. Dan hasil usaha dan rezeki beliau itu, beliau kini berada dibawah naungan Hijjaz Records Sdn Bhd. Kini beliau dalam proses pembikinan Album Pertama dan beberapa Single. Antara komposer yang terlibat adalah seperti Munif Hijjaz, Isman Hijjaz, Faizal Hijjaz, Adi Sixth Sense dan Sham Kamikaze.

Taleeb Mizad merupakan seorang anak muda yang bercita-cita tinggi untuk berjaya dalam bidang yang diceburinya. Cita-cita beliau adalah untuk menjadi seorang arkitek yang berjaya dan menjadi artis atau public figure yang disegani dan menjadi contoh terbaik bagi generasi anak muda zaman ini. Beliau mempunyai falsafah tersendiri,

‘Saya menggunakan kelebihan menggunakan teknik Imaginasi dan Seni ke dalam setiap perkara yang saya lakukan. Sebagai contoh, bermain futsal adalah seni percaturan dan gaya bebas bola sepak adalah seni imbangan’ .

Semoga apa yang dihajatkan oleh anak muda ni sentiasa disokong dan mendapat perhatian peminat tanah air dan di peringkat asia tenggara.

Jom dengar single pertama Taleeb Mizad berjudul Restu Cinta.

Ingin berjumpa dengan Taleeb Mizad? Jom ramai-ramai ke Mini Showcase & Prelaunch Album Terbaru Hijjaz berjudul Janji sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC pada 27 April 2013, jam 10.00 pagi. Maklumat lanjut, layari Facebook Hijjaz atau Taleeb Mizad.

– Munsyeed{Dot}Com

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Diterbitkan

pada

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang berderet diadakan sejak setahun dua ni. Ella, KRU, M. Nasir. Semuanya sold out dan menjadi bualan pmerhati muzik tanah air. Viral, tak boleh move on, tu yang diperkatakan

Dan untuk Inteam, Ahad ini di Axiata Arena, ia adalah segala-galanya. Kali ini lebih besar daripada konsert tahun lepas di Idea Live Damansara. Rasanya, konsert solo artis nasyid terbesar yang pernah dianjurkan di tanah Air.

Dalam satu pengakuan yang cukup jujur dan menyentuh hati, anggota kumpulan Inteam, Hazamin tidak berselindung tentang magnitud acara ini. Bagi mereka, Konsert Nur Kasih bukan sekadar satu lagi show dalam kalendar tahunan.

“Ini boleh jadi kemuncak kepada kejayaan dan karier kami,” akui Hazamin.

Kata-kata itu berat. Ia membawa makna bahawa selepas 25 tahun mengemudi bahtera nasyid, Ahad ini adalah puncak kepada apa yang telah mereka bina selama ini. “Kami sebelum ini tidak pernah bermimpi sebegitu. Jadi tak salah kalau kita katakan ini boleh jadi konsert terbesar kami, mungkin tiada lagi yang lebih besar dari ini,” tambahnya.

Darah, Keringat & Air Mata

Bagi kami di Munsyeed yang mengenali susuk kumpulan Nasyid ini secara peribadi lebih 20 tahun, kami melihat sendiri dengan mata kepala kami saat jatuh bangun mereka. Bermula dari duduk dibawah Hijjaz Records, kemudian bertatih sendiri dengan Inteam Records Sdn Bhd.

Mereka membina empayar mereka sendiri. Segala apa yang difikir boleh jalan, mereka redah sahaja. Dari penerbitan album, mengasah bakat-bakat baru, hingga ke penjualan buku dan produk-produk lain. Semua mereka dah lalui

Untuk sampai ke kemuncak show berskala besar, apatah lagi di venue prestij Axiata ini, laluan yang mereka daki untuk sampai ke tahap ini bukan mudah. Inteam telah berjalan melalui lurah dan jurang. Naik turun adalah benda biasa bagi Inteam. 

Orang luar hanya nampak kilauan lampu pentas, tetapi Hazamin tampil membuka cerita tentang “fasa gelap” yang hampir menamatkan riwayat kumpulan ini.

“Detik paling rapuh? Ketika tonggak utama, Syahril jatuh sakit. Inteam ibarat hilang separuh nyawa”Tanpa berselindung Hazamin meluahkan apa yang terbuku di hati. “Alhamdulillah, kembimbangan tu beransur bila kami lihat perkembangan kesihatannya semakin baik lepas tu” 

Namun, skrip Allah SWT itu cantik—kepedihan itu menjadi asbab kembalinya Hisyam, melengkapkan semula kepingan puzzle Inteam. Dan mereka dah tak menoleh kebelakang lagi dah.

Satu lagi fasa yang memeritkan apabila mereka terpaksa berdepan dengan zaman peralihan produk fizikal seperti CD dan kaset kepada dunia digital. Penggunaan Youtube, gejala ‘download’ dan kemunculan platform streaming benar-benar memberi tamparan hebat buat mereka.

“Bayangkan, empayar perniagaan kami yang selama ini bertunjangkan penjualan CD dan kaset tiba-tiba ‘lumpuh’. Aset menjadi liabiliti. Stok fizikal menimbun, tetapi pendengar sudah beralih ke alam maya.”

Hazamin menyifatkan fasa ini sebagai satu ‘kegawatan ekonomi yang teruk’—satu frasa sopan untuk menggambarkan detik nyawa-nyawa ikan bagi sesebuah syarikat rakaman. 

Secara lebih terperinci, tempoh ini menyaksikan kemerosotan mendadak dalam jualan fizikal, yang sebelum ini merupakan tunjang pendapatan utama syarikat rakaman. Cetak rompak digital yang berleluasa dan peralihan pengguna kepada platform perkongsian fail secara percuma telah melumpuhkan model perniagaan tradisional.

Ramai gergasi muzik tanah air tumbang dan gulung tikar di era transisi ini kerana gagal beradaptasi. Tetapi Inteam enggan menjadi ‘dinosaur’ yang pupus ditelan zaman. Mereka bangkit, belajar ‘berenang’ dalam gelombang teknologi baru, dan menyusun semula strategi. 

Pertaruhan Segala-galanya

Bila kami tanya tentang  konsert ini 25 Tahun Nur Kasih yang akan diadakan pada Ahad ini, tersimpan satu pertaruhan yang menggusarkan.

Cabaran utama konsert ialah mencapai sasaran jualan tiket dan sambutan tinggi, memandangkan kos penganjuran yang biasanya tinggi, kebanyakannya dibiayai modal sendiri dengan sedikit geran kerajaan. Oleh itu, strategi pemasaran, pengiklanan, dan kesedaran awam penting untuk memastikan konsert diketahui dan disokong melalui pembelian tiket.

“Ketika kami didekati oleh Iman Tang dari Icon Entertainment, sebuah nama yang tidak asing lagi dan dihormati dalam industri penganjuran acara di Malaysia, kami merasakan satu gelombang emosi yang bercampur-campur—rasa dihargai, diberi penghormatan yang tinggi, dan satu kesedaran baharu tentang potensi muzik nasyid”Kata Hazamin

Penglibatan ini merupakan bukti jelas bahawa genre nasyid bukan sahaja relevan, malah berhak mendapat tempat di pentas acara berprestij dan berskala besar.

Pendekatan strategik daripada tokoh seperti Iman Tang dan syarikat seperti Icon Entertainment telah membuka ruang signifikan untuk seni nasyid menembusi arus perdana. Sokongan padu peminat mengesahkan bahawa mesej nasyid bukan sahaja memberi impak yang besar tetapi juga amat dinantikan oleh khalayak yang lebih luas.

Hazamin menjelaskan, “Oleh itu, kami amat menghargai dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Iman Tang dan seluruh pasukan Icon Entertainment. Kepercayaan mereka dalam membenarkan Inteam merealisasikan Konsert Nur Kasih ini melambangkan lebih daripada sekadar sebuah projek; ia adalah pengiktirafan penting terhadap genre nasyid. Sokongan padu ini telah membolehkan hasrat kami untuk mengangkat nasyid ke peringkat yang lebih tinggi menjadi kenyataan, sekali gus menetapkan penanda aras baharu bagi penganjuran acara nasyid di masa depan. Kerjasama ini merupakan satu detik bersejarah dalam perjalanan karier kami.”

Pengiktirafan Gergasi & Legasi Masa Depan

Tetapi, adakah ini penamat Inteam? Tidak. Amin menegaskan selepas tirai di Axiata berlabuh, fokus mereka akan berevolusi—ke arah penerbitan, pencarian pelapis baru, dan misi antarabangsa.

Mereka mahu melihat pelapis baru bangkit, menjadi mainstream seperti era emas 1996-2000. Mereka mahu mewariskan legasi ini.

Namun untuk malam Ahad ini, ia adalah tentang Inteam. Ia adalah tentang meraikan puncak perjalanan suku abad mereka.

Seperti kata Amin: “Mungkin tiada lagi yang lebih besar dari ini.”

Jika anda mengaku peminat nasyid, anda wajib berada di sana. Kerana sejarah bakal tercipta.

Continue Reading

Berita

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Diterbitkan

pada

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi mengumumkan senarai lagu penuh yang bakal dipersembahkan oleh kumpulan Inteam dalam Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, yang dijadualkan berlangsung di Axiata Arena pada 1 Februari 2026.

Lebih mengujakan, konsert ulang tahun ke-25 ini turut menampilkan barisan artis jemputan yang cukup istimewa merentas generasi, termasuk maestro muzik Datuk M.Nasir, Nazrey Johani, dan Zizi Kirana, sekali gus memberi bayangan malam penuh kejutan, nostalgia dan momen sing-along yang tak mudah dilupakan.

Berdasarkan poster senarai lagu yang dikongsi, peminat bakal dihidangkan dengan deretan karya ikonik yang membina perjalanan Inteam selama lebih dua dekad. Antara lagu yang tersenarai ialah Dia, Rabiatul Adawiyyah, Kasihku Abadi, Siti Khadijah, Impian Kasih, Damba Kasih, Bisikan Nurani, Allahu Rabbi, Dia Muhammad, Surat Cinta, Iman Aman, Sutera Kasih, Tuhan Yang Esa, Nur Kasih, Az-Ziarah, Pemergianmu, Kasih Kekasih, Bebas Palestin, Satukan Kami Di Syurga, Tiada Tarikh Tamat, Kehidupan, Alhamdulillah, Ya Rabbi Ya, Kalimah Cinta, Mulakan Hari Ini, Ratu Syahidah, Perjalanan 2, Puji-Pujian dan Setanggi Syurga dan lain-lain lagi.

Dengan gabungan set list yang sarat emosi dan tetamu jemputan yang pelbagai warna, Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih jelas bukan sekadar sebuah persembahan biasa tetapi sebuah “pertemuan semula” peminat dengan lagu-lagu yang pernah menjadi latar doa, semangat, cinta dan perjalanan hidup ramai orang. Titik pertemuan inilah yang akan menyatukan seluruh peminat Inteam di malam konsert tersebut.

Setiap lagu yang akan dipersembahkan bukan hanya lontaran vokal semata-mata, sebaliknya ia dinyanyikan bersama memori kenangan yang akan turut bermain di minda penonton pada malam tersebut. Mungkin akan ada penonton yang terbayang momen sewaktu di zaman universiti, terkenang aktiviti gotong royong asrama di zaman sekolah dan tidak kurang juga memori sesi muhasabah program motivasi yang menggunakan lagu Damba Kasih dan lain-lain.

Kini, persoalannya tinggal satu: lagu mana yang paling anda tunggu untuk dinyanyikan beramai-ramai di Axiata Arena nanti?

Continue Reading

Berita

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Diterbitkan

pada

Hafiz Hamidun dan Halim Yazid. Sumber: Arteffects Media.

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan sahaja meriah dengan seleksi lagu yang dipertandingkan, malah ia menarik perhatian ramai pihak apabila artis solo versatil Hafiz Hamidun bergandingan dengan ikon dikir barat, Halim Yazid, menerusi lagu “Zikir Dikir.”

Keunikan “Zikir Dikir” terletak pada identitinya yang berani iaitu menggabungkan elemen nasyid dan dikir dalam satu karya yang segar, mudah meresap dan dekat dengan jiwa.

Zikir Dikir adalah sebuah karya unik yang terhasil dari dua insan ikonik; Hafiz Hamidun dan Halim Yazid.

Di pentas ACI’25, gandingan Hafiz dan Halim terasa tepat pada tempatnya. Hafiz sememangnya dikenali sebagai penyanyi solo nasyid yang sinonim dengan rangkaian karya zikir dan terapi jiwa termasuk siri album “Zikir Terapi.” Manakala Halim Yazid pula sudah lama menjadi nama besar dalam Dikir Barat, dan kekal diingati ramai menerusi lagu malar segar “Anok Tupai.”

Persembahan mereka malam itu tampil bersahaja tetapi magis seolah-olah mengajak penonton “masuk” bersama getar zikir dan rentak dikir yang bersatu. Malah, dalam media sosial, ramai yang membuat hantaran gambar dan video menggambarkan suasana penonton yang sama-sama mengalun zikir ketika lagu itu dipersembahkan.

Lebih menarik, “Zikir Dikir” di ACI’25 turut diperkemaskan dengan susunan muzik yang segar menerusi iringan pemuzik orkestra dari Fakulti Muzik UiTM Shah Alam, menjadikan persembahan terasa lebih grand tanpa menghilangkan roh tradisi yang dibawa Halim.

“Zikir Dikir” bukan sekadar satu lagu, ia menjadi simbol bagaimana nasyid boleh terus berevolusi: menghormati tradisi, namun tetap berani mencipta ruang baharu. Pada malam Anugerah Carta IKIMfm 2025, gabungan dua ikon ini membuktikan bila nasyid dan dikir dipertemukan dengan niat yang benar, hasilnya boleh jadi satu momen yang ikonik yang akan terus diingati.

Walau pun lagu ini tidak berjaya memenangi mana-mana kategori yang dipertandingkan, tetapi persembahan ikonik ini akan terus tersemat dalam ingatan dan terpahat dalam sejarah industri nasyid itu sendiri.

Kredit gambar: Arteffects Media.

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2025 Munsyeed Edutainment