Categories: BeritaRingkas

Adeep Fabulous Cats Sertai Almawlid

Adeep Nahar (kanan sekali) sewaktu menyertai The Fabulous Cats

Adeep Nahar, bekas anggota kumpulan The Fabulous Cats telah menyertai kumpulan Almawlid pada pertengahan Ogos 2012. Penyertaan Adeep dan Ustaz Kyrel Al-Gayauwi di dalam kumpulan Almawlid kini melengkapkan kumpulan tersebut dengan 7 orang ahli kesemuanya.

Ketika ditemui di Majlis Sidang Media Pelancaran Album Almawlid, Adeep Nahar menjelaskan penyertaan beliau dalam kumpulan Almawlid merupakan satu takdir yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT.

Almawlid

Memulakan karier seni sebagai ahli kumpulan The Fabulous Cats, Adeep memilih untuk keluar dari kumpulan tersebut bagi mendalami ilmu agama dan menjalankan dakwah. Setelah beberapa lama mengikuti kelas pengajian agama Majlis Ta’lim Darul Murtadza yang dipimpin oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, akhirnya Adeep dilamar oleh Almawlid untuk menyertai mereka.

“Kami lihat Adeep bersungguh-sungguh mendalami ilmu agama dan mengikuti kelas pengajian. Setelah sekian lama kami melihat perkembangan Adeep, akhirnya kami sepakat mempelawa Adeep untuk menyertai kami.” jelas Amer Munawer, selaku ketua kumpulan Almawlid.

“Muka Adeep dan Ustaz Kyrel tiada dalam gambar album Almawlid kerana Adeep dan Ustaz Kyrel sertai Almawlid setelah album diterbitkan. Walaubagaimanapun, suara mereka berdua ada dirakamkan dalam album ini sebagai suara harmoni.” tambah Pot Amir.

Adeep Nahar

Syabas diucapkan kepada Adeep Nahar dan Ustaz Kyrel kerana telah terpilih untuk mengukuhkan saf di dalam Almawlid. Semoga Almawlid terus maju dan aktif menyemai rasa cinta akan Rasulullah kepada umat Islam baik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.

-Munsyeed{Dot}Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago