Categories: BeritaTempatan

Adibah Dinobat Juara Dai Milenia Musim 1

Dai Adibah bersama Dai Azamuddin dan Dai Hadhari bersama replika cek yang dimenangi. Sumber gambar: Instagram TV3.

Finalis Wanita Tunggal Dai, Nor Adibah Binti Rozain telah dinobatkan sebagai Juara Dai Milenia Musim Pertama. Adibah telah diangkat sebagai Juara Program Realiti TV Islami anjuran TV3 selepas berjaya menambat hati para juri di Pusingan Akhir Dai Milenia yang berlangsung pada petang tadi menerusi saluran TV3.

Dalam pusingan terakhir yang berlangsung petang tadi, Adibah telah diberi tugasan menyampaikan pidato agama mengenai topik Ahli Sunnah Wal Jamaah. Merangkul gelaran juara, Adibah membawa pulang wang tunai RM 50,000 beserta Piala Almarhum Dr Uthman El-Muhammady manakala Azamuddin dan Hadhari telah memenangi wang saguhati sebanyak RM 5,000 setiap seorang beserta piala. Hadiah telah disampaikan oleh Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima.

Program Dai Milenia menampilkan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin dan Mohd Zhafran Mohd Zainuldin sebagai pengacara program pada musim ini. Seorang lagi pengacara, Muhamad Hilmi Idris bertindak mengendalikan segmen khas mingguan. Dai Milenia diadili panel juri tetap yang merupakan ikon pengacaraan yang tidak asing lagi iaitu Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail bersama Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie yang bertanggungjawab menilai keterampilan semasa peserta dan pemarkahan berdasarkan tugasan yang diberikan.

TV3 turut mengumumkan Piala Program Dai Milenia dinamakan sebagai Piala Dr Uthman El-Muhammdy sempena mengiktiraf jasa dan pengorbanan Almarhum Dr Uthman El-Muhammady kepada usaha perkembangan dakwah di Malaysia dan dunia.

Berikut, kami sertakan bidoata Juara Program Dai Milenia Musim Pertama, Dai Adibah.

Dai Adibah

  • Nama Penuh: Nor Adibah Binti Rozain.
  • NamaTimangan:Adibah
  • Umur: 20 Tahun
  • Pendidikan:Sarjana Muda Fakulti Pendidikan TESL, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
  • Hobi: Membaca, Memasak & Menjahit
  • Imej Dan Style: Sederhana
  • Info Menarik: Beliau bergiat aktif di dalam program berdakwah dan rohani di peringkat sekolah dan universiti. Beliau juga pernah menjadi johan syarahan agama peringkat Negeri Pahang

Tahniah Adibah dan semua finalis serta peserta Dai Milenia Musim Pertama. Semoga anda dapat berbakti kepada Islam dan menyuntik aura dakwah baru dikalangan masyarakat.

– Munsyeed{Dot}Com

 

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago