Categories: BeritaTempatanTerkini

Afgan Tampil Dengan Lagu Religi Terbaru – Ku Mohon

Setelah kejayaan single religi berjudul PadaMu Ku Bersujud dan Pencari JalanMu yang popular di Indonesia dan Malaysia, penyanyi pop terkenal Afgan kini tampil dengan lagu religi terbaru berjudul Ku Mohon.

Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza memilih untuk muncul dengan lagu Ku Mohon selepas hampir 4 tahun beliau tidak menerbitkan lagu religi.

Bercakap mengenai lagu ini, Afgan menjelaskan lagu ciptaan komposer Mac Chew dari Malaysia ini pernah dipopularkan oleh penyanyi tersohor yang juga merupakan penulis lirik lagu tersebut, Dato’ Sheila Majid sekitar 1999.

“Saya merupakan fans Sheila Majid, dan menurut saya lagu Ku Mohon merupakan salah satu hitsnya yang paling berkesan. Lagu ini menggambarkan doa, sekaligus pernyataan bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa.” ujar Afgan.

Selain lirik yang indah dan melodi yang simple, Afgan turut mempertaruhkan kekuatan vokalnya dan penghayatan 100% dalam menyampaikan lagu ini.

Foto afganworld.com
Di sebalik tabir klip video Ku Mohon

Menurut portal Jawapos.com, sebelum merakamkan lagu ini, Afgan memilih untuk bersendirian sebelum masuk ke studio rakaman bagi menyanyikan lagu ini. Tidak terhenti setakat itu, bagi menghayati bait-bait indah lagu ini, Afgan telah meminta supaya lampu studio dipadamkan sewaktu rakaman vokal sedang berlangsung.

Dengan susunan muzik baharu hasil sentuhan Tohpati dari Indonesia, Afgan berjaya membawa lagu ini dengan cukup baik sekali dan dengan penuh penghayatan.

Tidak mahu berbicara panjang, mari kita dengarkan lagu religi terbaru Afgan berjudul Ku Mohon.

showinfo=0
Bonus : Lirik lagu Ku Mohon

Ku Mohon – Afgan

Setiap hariku mohon agar kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati kekuatan
Menempuhi segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya artinya

Kau beriku harapan, menjawab segala persoalan
Hadapi semua dalam tenang, dengan merasa kesyukuran
Ku doa kau selalu mengawasi gerak-gerikku
Berkatilah ku perlu rahmat dariMu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu
Agar jiwaku tenang dengan bimbinganMu selalu

Ada kala ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tak bersabar hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku melalui semua itu ooh
Kuatkanlah (kuatkanlah) jagakanlah diriku

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu
Agar jiwaku tenang dengan bimbinganMu selalu

Curahkanlah nikmatMu kepada hidupku

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu
Agar jiwaku tenang dengan bimbinganMu selalu.

 

– Munsyeed Dot Com

 

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago