Categories: Terkini

AJL35 Angkat Lagu GILA Sebagai Juara, Ezra Kong Hargai Jasa Hael Husaini

Akhirnya semua teka-teki mengenai keputusan Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) terjawab apabila lagu ‘GILA’ dendangan Kaka Azraff, Noki dan Loca B dinobatkan sebagai Juara Lagu AJL35 semalam.

Karya ciptaan Ezra Kong, Noki dan Loca B itu melayakkan mereka membawa pulang trofi bersama hadiah wang tunai bernilai RM50,000.

Saya benar-benar tidak sangka dan tidak menjangka akan kemenangan lagu ini. Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang oleh Warner Music Malaysia untuk bekerjasama dengan orang yang berbakat seperti Kaka Azraff, Noki dan juga Loca B. Dan sebenarnya saya juga berterima kasih kepada Hael Husaini yang banyak mengajar saya tentang cara orang Melayu mendengar muzik. Itu sedikit sebanyak membantu saya untuk menghasilkan melodi lagu tersebut,” jelas Ezra Kong selaku pencipta lagu.

Menerusi perkongsian salah seorang pengguna Twitter popular bernama @FLjasmy, kemenangan lagu ‘GILA’ ini merupakan kemenangan ke-5 Ezra Kong di Anugerah Juara Lagu selepas kemenangan lagu Anta Permana di AJL34, Haram di AJL33, Jampi di AJL32 manakala lagu Assalamualaikum di AJL30.

Biarpun baru kehilangan nenda tersayang, Kaka Azraff sendiri mengakui yang beliau dapat merasakan sesuatu yang berbeza pada lagu yang dianggap ‘berhantu’ ini dan berjaya memberikan persembahan terbaiknya sambil menjiwai intipati lagu tersebut.

Lagu ‘GILA’ yang berentak R&B hip Hop ini mengangkat subjek yang berat namun sarat dengan mesej positif. Seakan-akan cuba menyampaikan rasa resah gelisah terperangkap dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memaksa rakyat Malaysia membataskan pergerakan dan hanya berkurung di rumah berbulan-bulan lamanya,

Diiterbitkan oleh Black Hat Cat Records dengan kerjasama Warner Music Malaysia selaku pengedar, ‘GILA’ menepati ramalan ramai netizen yang menjangkakan lagu ini bakal menjuarai AJL35.

Selain ‘GILA’, turut mendapat tempat di AJL35 adalah lagu berjudul ‘Semalam’ yang dinyanyikan oleh penyanyi berbakat besar, Aina Abdul. Lagu Semalam berjaya mendapat tempat sebagai Naib Juara AJL35 dengan Aina membolot ketiga-tiga trofi selaku penyanyi, pencipta lagu dan juga penulis lirik bagi lagu tersebut.

Tempat Ketiga pula diberikan kepada lagu Belenggu Rindu ciptaan komposer Ezra Kong dan lirik oleh Hael Husaini. Lagu ini disampaikan oleh Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita.

Persembahan Terbaik AJL35 dimenangi oleh Zizi Kirana menerusi lagu berjudul Eh. Manakala Vokal Terbaik diungguli Erni Zakri yang berjaya menyampaikan lagu Gundah dengan kawalan vokal yang cukup mengagumkan.

Kredit: Warner Music, Black Hat Cat Records, Produksi AJL35.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago