Baru-baru ini, kami mendapat tahu yang vokalis kumpulan Du’a, Ajwad Amal telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Penasyid Terbaik sempena YouthACE 2014.
Ajwad menerima anugerah ini menerusi lagu berjudul Abdi, ciptaan sepenuhnya oleh Ajwad sendiri.
Ketika ditemubual oleh Munsyeed, Ajwad menjelaskan yang beliau pada mulanya sedang dalam proses menyiapkan single solo pertama beliau.
YouthACE 2014 Uji Kemampuan Ajwad Sebagai Penasyid Solo
“Awalnya memang dah rancang nak keluar single solo yang pertama. Dalam sedang merancang itu, dapat berita pula yang Langit Ilahi ada buat pertandingan untuk Anugerah Penasyid Terbaik sempena YouthACE 2014 dan kebetulan saya memang berhajat untuk hadir ke YouthACE dari tahun lepas lagi. Jadi saya ambil peluang untuk sertai pertandingan yang dianjurkan Langit Ilahi dan melihat sendiri sejauh mana kekuatan single pertama saya.” jelas Ajwad.
YouthACE 2014 telah berlangsung pada 10 Mei 2014 dan anugerah telah disampaikan oleh Ameen Misran selaku CEO Langit Ilahi.
“Saya tak jangka pun boleh menang. Alhamdulillah, Allah takdirkan untuk saya memenangi anugerah tersebut dan saya sangat bersyukur.” ujar beliau.
Muzik Yang Ringan Memikat Juri
Dalam pada itu, kami sempat bertanya Ajwad: pada pendapat beliau, apa faktor yang membuatkan lagu ini berjaya menambat hati juri? Ini jawapan Ajwad:
“Kalau ditanya tentang faktor, mungkin liriknya ‘strong’ dan muzik latarnya juga ringan dan sedap didengar. Itu pendapat peribadi saya.”
“Apa pun, tahniah buat bro Alkautsar Matsin atas susunan muzik yang sangat memuaskan hati saya. Kebolehan beliau memang mengagumkan.” ujar Ajwad.
Kami di Munsyeed Dot Com mengucapkan tahniah kepada Ajwad diatas kemenangan beliau merangkul Anugerah Penasyid Terbaik YouthACE 2014. Diharapkan semoga bakat Ajwad akan terus menyerlah dan bersinar di masa akan datang.
Bonus: Lirik Lagu Abdi – Ajwad.
showinfo=0
Dibawah ini, kami sertakan lirik lagu Abdi ciptaan sepenuhnya oleh Ajwad.
ABDI
Komposer/ Lyricist: Ajwad Amal
Jujur aku akui tak mampu dustai hati
Resah di dalam jiwa, hanya aku yang rasa
Dimanakah silapnya, hingga ini semua terjadi
Kekusutan ini bagai tiada hujung akhirnya
Oh Tuhanku, Tunjukkan aku jalan sebenar
Malamku penuh syahdu, penuh dengan air mata
Bila kenangkan dosa punca kerasnya hati
Andai takdir tertulis ini nafasku yang terakhir
Matikanlah aku dalam iman pada-Mu
Oh Tuhanku, Tunjukkan aku jalan sebenar
Ya Allah lembutkanlah hati ini
Agar aku bisa malu tunduk dihadapan-Mu
Jadikanlah diri ini hamba yang setia
Setia dalam abdi cinta pada-Mu
Ya Rabbibil Mustafa
Balligh Maqosidana
Waghfirlana Mamadho
Ya Wasi’al Karomi.
– Munsyeed Dot Com