Tiada angin, tiada ribut, vokalis kumpulan popular Mirwana, Muhammad Akmaluddin Bin Samsudin atau lebih dikenali dengan nama Akmal Mirwana kini dikhabarkan menyertai sebuah kumpulan baharu yang diberi nama SAJA.
Penyertaan Akmal di dalam kumpulan SAJA menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat mengenai status beliau di dalam kumpulan Mirwana. Adakah Akmal masih menganggotai kumpulan Mirwana atau sudah undur diri dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada SAJA? Selain Akmal, kumpulan SAJA yang mengetengahkan konsep local fusion band ini turut disertai oleh ahli kumpulan Nur One, Muslim Voice, The Messages dan Varianz.
Dari kiri: Syafiq (Nur One), Faiz, Jack, Faisal (Muslim Voice), Akmal (Mirwana) dan Syakir (Varianz).
Jika dilihat dari Facebook rasmi Kumpulan SAJA (Klik disini), mereka menegaskan yang kumpulan SAJA adalah sebuah projek khas yang menggabungkan beberapa orang anak muda dari kumpulan berlainan, membentuk sebuah band yang menampilkan konsep berbeza daripada konsep kumpulan masing-masing.
Mungkin wujud keserasian dikalangan mereka dalam pelbagai aspek terutama minat yang tinggi terhadap muzik dan kesepakatan idea serta konsep yang ingin diketengahkan menyebabkan mereka bersatu dibawah nama SAJA.
Pada sisi lain, kita mungkin boleh menafsirkan penubuhan kumpulan SAJA sebagai satu bentuk pemberontakkan dalam muzik asal kumpulan masing-masing hingga mendorong kelima-lima ahli SAJA menampilkan sebuah konsep yang lebih dekat dengan jiwa mereka dan menghidangkan muzik yang lebih padu dan mantap.
Apa pun andaian yang dibuat, kami di Munsyeed teruja untuk mendekati kumpulan ini. Kami yakin, ada sesuatu yang ingin ditawarkan oleh kumpulan SAJA kepada peminat industri muzik.
Jom dengarkan lagu demo pertama SAJA berjudul Dia Dan Cahaya.
– Munsyeed Dot Com