Categories: BeritaTempatan

Alief Akui Lagu Lebih Popular Dari Diri

Alief Indonesia

Tidak ramai yang mengetahui siapa pemilik suara yang melantunkan lagu indah berjudul Maharku Untukmu. Lagu ini mula mendapat perhatian ramai apabila sebuah produksi drama menggunakan lagu ini sebagai lagu tema dan judul bagi drama yang disiarkan di TV3 untuk slot Cerekarama. Lakonan hebat Adi Putra dan Nabila Huda menerusi drama tersebut ditambah dengan senilagu yang cukup indah ini berjaya mengundang respon positif orang ramai terhadap lagu dan drama ini. Penyanyi asal lagu Maharku Untukmu ini merupakan seorang penyanyi berbakat dari Indonesia bernama Alief Indonesia.

Setelah hampir berbulan-bulan lamanya kami mencari identiti penyanyi ini, akhirnya kami terjumpa video muzik rasmi lagu Maharku Untukmu yang dinyanyikan Alief.

Menurut Alief, pada mulanya beliau sendiri tidak tahu yang lagu nyanyiannya dijadikan judul drama dan soundtrack untuk drama di Malaysia.

“Beberapa teman saya dari Malaysia telah memberi info bahawa lagu tersebut pernah dijadikan drama dengan judul yang sama di TV3 pada bulan Jun 2012. Saya berasa teruja dan bersyukur. Ini satu penghargaan bagi saya apabla lagu ini mendapat respon positif daripada pendengar Malaysia.” ulas Alief ketika ditemubual pihak Munsyeed menerusi laman Facebook.

Tambah Alief, walaupun lagu beliau diterima baik oleh pendengar di Malaysia, beliau menyedari yang namanya masih tidak dikenali kerana orang tidak mengenal penyanyi lagu top tersebut. Justeru, beliau memilih untuk menerbitkan video muzik rasmi sebagai pengenalan dirinya kepada para peminat.

Islamic Romantic – Alief Indonesia

Album Islamic Romantic
Untuk makluman semua, Alief Indonesia telah melancarkan album sulung berjudul Islamic Romantic pada tahun 2010. Kesemua track lagu dalam album tersebut bertemakan Cinta Islami dan yang menariknya, kesemua lagu dalam album tersebut dicipta sendiri oleh Alief. Single utama Alief dari album tersebut ialah Maharku Untukmu.

Selain memiliki suara yang merdu, Alief juga mempunyai kebolehan mencipta lagu. Beliau aktif mencipta lagu di bawah label Jawara Publishing sejak 2010. Terbaru, selepas bernaung dibawah Jawara Publishing, Alief memilih untuk bergerak sendiri bermula awal 2013.

“Sejak 2010 saya aktif sebagai exclusive song writer di Jawara Publishing dan bulan Mei 2013 saya akan bergerak sendiri, menjual karya-karya saya. Nantikan karya terbaru saya, antaranya yang bakal muncul menerusi album terbaru kumpulan Snada tidak lama lagi.” jelas Alief.

Ucapan Untuk Pendengar dan Peminat Di Malaysia
“Saya mengucapkan syukur alhamdulillah dan berbanyak terima kasih kepada teman-teman yang menerima lagu-lagu saya. Saya berdoa agar suatu saat nanti saya dapat berjumpa dengan teman-teman di Malaysia dalam keadaan yang baik, amin. Saya juga tidak menutup kemungkinan jika ada distributor Malaysia yang berminat untuk bekerjasama meluaskan lagi album Alief bagi pasaran Malaysia. Semoga bertemu pada suatu hari nanti.” ucap Alief sebelum menutup perbualan bersama kami.

Alief Indonesia

Kepada mereka yang ingin berhubung dengan Alief Indonesia, boleh layari laman sosial beliau:

Untuk menjemput Alief Indonesia membuat persembahan pentas, boleh berhubung terus dengan pihak pengurusan Alief,

  • Teddy Tardiana
  • Phone (+628567559395)/(+62818160929)

Jom tonton video muzik Maharku Untukmu nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh Alief Indonesia.

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago