Vokalis kumpulan Hufaz, atau lebih dikenali sebagai Amir muncul dengan sebuah album terbaru berjudul Doa. Album yang mengandungi 10 track ini menampilkan dua zikir dan himpunan doa-doa terpilih yang disampaikan oleh Amir dengan diiringi alunan muzik yang melatari zikir dan doa tersebut.
Munsyeed sempat menemubual vokalis kumpulan Hufaz ini. Walaupun sibuk dengan urusan kerja dan menyiapkan album kedua Hufaz yang kini sudah hampir siap sepenuhnya, Amir masih meluangkan masa untuk ditemubual dan memberikan kerjasama yang baik kepada Munsyeed.
Masih Ahli Hufaz, Album Doa Beri Siginifikan Hubungan Amir Dan HRSB
Menurut Amir, lahirnya album Doa ini memberi makna yang besar dalam karier seninya dan hubungan antara beliau dan Hijjaz Records Sdn Bhd.
“Ia memberi signifikan tersendiri buat Amir apabila buat pertama kali muncul dengan produk sebagai artis solo. Pun begitu, ia tidaklah bermakna Amir sudah meninggalkan Hufaz. Sebaliknya, ia hanya sebuah album projek yang dihasilkan bersama Hijjaz Records Sdn Bhd.”ujar Amir.
Senarai lagu yang dimuatkan dalam album Doa
Album Doa : Alunan Doa Bermelodi
Menurut Amir lagi, album Doa ini menampilkan koleksi doa-doa terpilih yang dialunkan dengan muzik latar yang indah dan tidak terlalu berat.
“Album doa menampilkan doa-doa seperti Doa Selamat, Doa Ibu Bapa, Doa Keredhaan, Doa Isteri & Zuriat dan sebagainya. Istimewanya album ini, ia menampilkan melodi hasil karya komposer tersohor Malaysia, Isman Hijjaz. Alhamdulillah, saya bersyukur apabila Abang Isman memberi kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan hasil karyanya menerusi album Doa ini.”
Respon Peminat & Video Klip Doa Selamat
Ditanya mengenai respon pendengar mengenai track-track di dalam album ini, ini jawapan Amir- “Buat masa ini, feedback daripada pendengar sangat positif. Rata-rata suka dengan Doa Selamat dan Doa Keredhaan. Track-track lain juga mempunyai penggemarnya yang tersendiri.” ulas Amir.
“Alhamdulillah, disamping menyiapkan album Hufaz dan promosi album Doa ini, saya juga terlibat dalam pembikinan video klip salah sebuah track dalam album Doa ini iaitu Doa Selamat. InshaAllah, video ini akan disiarkan apabila sudah siap kelak.”
Doa – Amir Hufaz
Album Doa ini merupakan hasil produksi Hijjaz Records Sdn Bhd dengan kerjasama Rusa Marketing Sdn Bhd. Untuk mendengar track-track yang dimuatkan dalam album ini, anda boleh layari Spotify dan Deezer atau dengarkan ia di radio-radio tempatan. Album Doa ini juga boleh dibeli secara dalam talian (online) di iTunes.
Album Doa kini sudah berada di pasaran
Album ini juga sudah menjengah pasaran dalam bentuk album fizikal dan anda boleh pergi ke mana-mana kedai muzik berhampiran atau di kedai-kedai buku agama seluruh Malaysia. Sokonglah industri dengan membeli hanya yang ORIGINAL.
Iconic Zain Bhikha who has won the hearts of Muslims throughout the word for three decades of song, story and the Dada and Me children’s series, releases a deeply personal song after many years. “I’m Not Ready To Let You Go” is an emotionally moving tribute to his beloved father Rashid Bhikha, a man who embodied faith, strength, unwavering love for his family, and left his mark on the world for his contribution to medicine and humanity.
Zain’s songs have always been a reflection of his personal life’s journey reflecting his faith, but more so, the meandering nature of being human, and this one is no different. Though the nature of its message speaks to the universal feelings of love and loss that we can all relate to. With hundreds of songs inspiring and motivating hearts towards Allah, “I’m Not Ready To Let You Go” is undoubtedly going to become a comfort and a favourite of Zain Bhikha fans.
“My father passed away a few months ago, he was the anchor that held us all together, the mountain upon which we all stand and the guiding light that showed us the way, I miss him every day,” said Zain Bhikha.
I’m Not Ready To Let You Go is available as a voice-only version. The official video is available on the ZainBhikhaOfficial YouTube channel and the audio, on all major music streaming platforms.
Other Releases
“Voice In Your Head” is a deep reflection of the unwavering love that parents bestow upon their children. It talks of the all-encompassing nature of a parents’ dedication to their children and the way that bond shapes who we are and who we become.
“The Forgiven” (featuring BoonaaM) delves into a powerful Hadith (prophetic narration) about forgiveness and Allah’s mercy. This song artfully tells the story of a man’s journey towards redemption.
“Salvation” (featuring Ashley Belal Chin) takes listeners on a heartfelt exploration of seeking Allah (SWT). The song emphasizes the closeness of Allah’s presence, reminding us that He is always with us.
All three songs are available in both voice-and-drum and voice-only versions on all major music streaming platforms. You can find the official videos* on the ZainBhikhaOfficial YouTube channel.
Selain Munif Hjjaz, seorang lagi figura yang aktif menghasilkan karya secara konsisten, tidak lain tidak bukan, penyanyi dan komposer terkenal; Daqmie.
Kali ini, Daqmie bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Datuk Keramat menghasilkan sebuah lagu raya terbaru berjudul Yang Mulia. Lagu ini disampaikan oleh Daqmie dan Mestica.
Pengerusi PERKIM Cawangan Datuk Keramat; Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz yang juga merupakan penulis lirik, berkata lagu tersebut mengisahkan hubungan masyarakat dengan golongan mualaf di negara ini.
“Lagu tersebut dinyanyikan oleh Daqmie dan juga Kumpulan Mestica yang mengisahkan hubungan antara masyarakat dengan golongan mualaf.
“Ia sebagai salah satu usaha dakwah kami agar masyarakat turut sama terlibat dengan usaha yang kami gerakkan ini sekaligus membantu mereka yang memerlukan,” katanya ketika sidang akhbar yang diadakan di sini.
Menurutnya idea penghasilan single ini tercetus hasil perbincangan dengan Daqmie yang juga merupakan komposer bagi lagu tersebut.
“Selaku Duta Mualaf PERKIM Datuk Keramat, Daqmie pernah melontarkan idea agar usaha dakwah PERKIM tidak terlalu terikat dengan kaedah lama namun harus dipelbagai agar sesuai dengan zaman.
“Bermula dari situ maka terlahirlah lagu ini yang turut diterapkan dengan melodi kontemporari bagi menarik minat masyarakat khususnya generasi muda.
“Kami mengharapkan dengan kepakaran dan populariti Daqmie dan kumpulan Mestica dapat menarik minat lebih ramai anak muda dengan kerja dakwah yang aktif di platform digital dan media sosial,” ujarnya pula.
Terdahulu PERKIM Datuk Keramat meraikan golongan mualaf dengan mengadakan Majlis Berbuka Puasa sekaligus melancarkan single raya tersebut.
Sementara itu Daqmie ketika mengulas berkata cabaran utama ketika penghasilan lagu ini ialah kekangan masa sambil berharap single raya ini dapat diterima masyarakat.
“Antara cabaran ketika menghasilkan lagu ini ialah masa yang diberi agak suntuk. Ketika Ustaz (Suhaimi) maklumkan PERKIM mahu terbit lagu raya pada mulanya saya agak terkejut.
“Namun setelah berbincang dengan rakan-rakan kami akhirnya bersetuju menerima cabaran ini, alhamdulliah kerjasama yang diberikan semua pihak akhirnya single ini berjaya direalisasikan.
“Semoga lagu ini dapat diterima semua pihak sekaligus memeriahkan sambutan Aidilfitri pada tahun ini,” katanya pula.
Pemilihan kumpulan Mestica sebagai rakan duet dalam lagu ini dilihat mampu mengubat rindu dikalangan peminat Mestica yang sentiasa menantikan karya baharu dari kumpulan nasyid popular tersebut.
Lagu Yang Mulia telah berada di pasaran dan boleh distrim di semua platform penstriman muzik digital yang sah. Manakala video muzik Yang Mulia boleh ditonton di saluran Youtube Daqmie Channel.
Untuk rekod PERKIM merupakan organisasi yang aktif dengan kerja-kerja dakwah dan kebajikan untuk menyebarluaskan syiar Islam kepada golongan Islam dan belum Islam di negara ini.
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Rabu, 10 April 2024 bersamaan 1 Syawal 1445H.
Pengumuman ini dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja; Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad dalam Pengumuman Tarikh Hari Raya yang disiarkan di semua radio dan televisyen tempatan sebentar tadi.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 10 April 2024,” katanya.
Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri ini dibuat berdasarkan rukyah dan hisab.
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua umat Islam. Maaf zahir dan batin.