Categories: BeritaTempatan

Amirul Muslim Voice Selamat Diijab Kabulkan

Tarikh 20 Mei 2012 merupakan tarikh yang teristimewa buat salah seorang anggota kumpulan Muslim Voice (MV), Amirul Akmal. Ini kerana, tarikh berkenaan menjadi detik terindah dalam sejarah hidup beliau dimana beliau telah selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hati.

Amirul atau lebih mesra dengan nama Mirul telah diijab kabulkan dengan gadis pilihannya, Ain atau nama sebenarnya Norain Nazidah.

Pasangan tersebut telah selamat melangsungkan pernikahan pada Ahad lepas, jam 11.00 pagi. Menariknya, pasangan ini memilih untuk melangsungkan pernikahan mereka di Masjid Rumah Anak-Anak Yatim Permata Camar (NADWAH) Pantai Sepat Pahang.

Buat pasangan mempelai, tahniah kami ucapkan. Semoga berbahagia, kekal ke anak cucu!

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

6 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

6 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

6 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

6 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

6 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

6 months ago