Categories: BeritaTempatan

Anugerah Album Nasyid Terbaik Kembali Lagi

Anugerah Album Nasyid Terbaik Pilihan Pembaca kembali mewarnai industri Hiburan Islam Malaysia. Diperkenalkan pada Disember 2011, anugerah ini telah diadakan bagi menobatkan album nasyid terbaik bagi setiap tahun.

Aizat Ikhwan

Menurut Pengarah Operasi Munsyeed Dot Com, Aizat Ikhwan, anugerah ini merupakan satu platform untuk menghargai artis dan penggiat industri nasyid yang saban tahun bertungkus lumus menghasilkan album walaupun berhadapan dengan ancaman cetak rompak.

“Kami mengadakan anugerah ini saban tahun bagi meraikan artis-artis dan penggiat industri seni yang tidak jemu menghasilkan karya bermutu. Penghasilan album-album ini dilihat satu usaha yang baik walaupun mereka berhadapan dengan ancaman cetak rompak dan aktiviti muat turun secara haram.”

Tambah Aizat lagi, anugerah ini turut memberi peluang kepada para peminat untuk memilih album nasyid terbaik pilihan mereka.

“Berbeza dengan anugerah-anugerah lain, untuk Anugerah Album Nasyid Terbaik Pilihan Pembaca, kami di Munsyeed Dot Com memberikan kuasa untuk memilih kepada para pembaca bagi menentukan album mana yang layak dinobatkan sebagai Album Nasyid Terbaik 2013. Kalau AIM memberikan kuasa memilih kepada juri professional, kami ingin memberi kuasa tersebut kepada para pembaca dan peminat industri kerana karya-karya yang dihasilkan adalah untuk peminat maka biarlah mereka sendiri yang menilainya.”

Anugerah Album Nasyid Terbaik 2013

Bercerita mengenai Anugerah Album Nasyid Terbaik 2013, Ketua Editor Munsyeed Dot Com, Usamah Kamaruzaman menjelaskan terdapat 28 album yang layak dipertandingkan bagi tahun ini.

“Kami telah membuka pencalonan kepada para artis dan peminat untuk mencalonkan album-album yang telah diterbitkan pada 2013. Setelah menerima pencalonan dan berbincang dengan Tim Editorial Munsyeed Dot Com, akhirnya kami senaraikan 28 album nasyid yang laya bertanding bagi Anugerah Album Nasyid Terbaik Pilihan Pembaca 2013.”

Usamah Kamaruzaman

Jelas Usamah lagi, “Para peminat boleh mengundi sekali sahaja untuk satu hari sepanjang proses pengundian dijalankan. Proses pengundian kini telah dibuka dan ia akan berakhir pada 31 Disember 2013 jam 12.00am. Keputusan akan diumumkan dan dimaklumkan kelak.”

Untuk makluman, sejak anugerah ini diadakan, 2 album telah dinobatkan sebagai album nasyid terbaik pilihan pembaca. Sewaktu kali pertama ia diadakan pada tahun 2011, album Devotees – Berjalan Tanpa Henti telah dinobatkan sebagai Album Nasyid Terbaik 2011. Manakala album Hafiz Hamidun – Zikir Terapi Diri telah dinobatkan sebagai Album Nasyid Terbaik 2012.

Kepada para pembaca dan peminat industri nasyid, selamat mengundi! Kami berikan kuasa memilih kepada anda.

– Munsyeed Dot Com

[signoff predefined=”Movie Review Signoff” icon=”icon-thumbs-up”]Didoakan semoga Anugerah Album Nasyid Terbaik ini menjadi perintis kepada majlis anugerah yang lebih besar lagi dengan pelbagai kategori di masa hadapan. Ameen. [/signoff]

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago