Connect with us

Video Muzik

Arteffects Lancar VC Terbaru Hafiz Hamidun

Diterbitkan

pada

Bersempena kehadiran tahun baru Islam 1435H, pihak Arteffects International mengeluarkan video muzik terbaru Hafiz Hamidun iaitu Karimu Antallah, yang dipetik dari album Zikir Terapi Diri 2.

Kandungan zikir di dalam klip video ini ialah; Ya Latif, Ya Khafi, Ya Hafiz, Ya Syafi, Ya Wafi, Ya Karimu Antallah.

Video klip yang ringkas ini, telah dirakam di Bangunan BATA, di Damansara Perdana. Keunikan senibina bangunan ini yang mempamerkan rekaan moden sesuai dengan busana jubah Lawung tajaan Galeri Asfa, One Utama

Buat masa ini, sebanyak empat buah video dari album Zikir Terapi Diri 2 telah dirakamkan. Tiga daripadanya telahpun dimuat naik di YouTube termasuk Rabbi Zidni dan Allahu Ya Rahman. Baki 6 video klip zikir dari album ini akan dirakamkan pada awal bulan ini di Lombok, Indonesia.

[youtube url=”http://youtu.be/pgRco_rnpBY” autohide=”1″ autoplay=”0″ controls=”0″ disablekb=”1″ loop=”1″ showsearch=”0″ showinfo=”0″]

Sehingga hari ini, album Zikir Terapi Diri 2 telah mencatat jualan 30,000 unit semenjak dipasarkan bermula pertengahan bulan ramadhan yang lalu. Album ini boleh diperolehi dalam bentuk CD, muat turun nada dering pemanggil, dan juga iTunes serta Google Play. Album ini merupakan kesinambungan album Zikir Terapi Diri edisi pertama, yang kini mencecah jualan 200,000 unit dalam masa 2 tahun.

Untuk pembelian terus secara pos, tempahan boleh dibuat dengan menghubungi / sms / Whatsapp ke nombor 6017-2812978.

Album Zikir Terapi Diri 2 diterbitkan oleh Arteffects International, dan diedarkan bersama oleh Warner Music Malaysia Sdn. Bhd.

– Munsyeed Dot Com

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

Netizen Terkesan Dengan Lakonan Halim, Ardell Aryana Dalam Video Muzik Kekasih

Lakonan Halim dan pelakon popular Ardell Aryana berjaya menyentuh hati penonton klip video ini

Diterbitkan

pada

Pasti ramai yang sudah menonton video muzik Kekasih nyanyian Halim Ahmad kan? Video muzik yang telah dilancarkan sejak Ogos 2018 itu kini telah berjaya meraih lebih dari 2 juta tontonan di Youtube! Satu pencapaian yang mengagumkan buat Halim.

Mendengar intro lagu ini sahaja sudah membuatkan pendengar terbuai dengan susunan muzik yang syahdu lagu ini. Penghayatan yang baik dan suara yang mendayu-dayu Halim telah menyempurnakan lagu Kekasih ini. Tidak hanya menyanyi, Halim juga turut berlakon dalam video muzik Kekasih ini bersama pelakon berbakat besar, Ardell Aryana.

Reaksi peminat terhadap Kekasih di laman YouTube

Video muzik Kekasih mengisahkan tentang seorang suami yang begitu mencintai dan menyayangi isterinya. Walaupun diuji dengan perpisahan apabila isterinya meninggal dunia, namun cinta suami kepada isterinya akan tetap subur dan segar sepertimana segarnya kenangan indah sewaktu mereka hidup bersama dahulu. Ia merupakan sebuah penghormatan dan penghargaan yang tulus ikhlas oleh seorang suami kepada isterinya.

Pujian wajar diberikan kepada penulis lirik lagu ini, Hakim Majid yang berjaya menggarap kisah cinta seindah ini. Lakonan Halim dan Ardell benar-benar meninggalkan kesan dan menyentuh hati para netizen. Kebanyakan netizen melahirkan rasa sedih dan tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman mereka yang seakan sama dengan jalan cerita video muzik Kekasih.

Baca Halim Dedah Kisah Benar di Sebalik Kasih

Mungkin ramai yang tahu bahawa lagu Kekasih ini pernah dinyanyikan dan dipopularkan oleh kumpulan nasyid Devotees yang turut dianggotai Halim. Lagu tersebut dimuatkan dalam album pertama kumpulan Devotees yang diterbitkan sekitar tahun 2005. Dengan susunan muzik baharu, Halim menyanyikan semula lagu Kekasih ini dengan cara beliau tersendiri.

Kepada yang belum menonton, anda boleh menonton video muzik Kekasih di Saluran Youtube Neurotic Studio (klik disini). Kita naikkan lagi jumlah tontonon video muzik Kekasih!

– Munsyeed

Continue Reading

Berita

Cukuplah Bagiku – Kolaborasi Mantap The Muhibbain & Lah Ahmad

Diterbitkan

pada

Jika anda peminat kumpulan Muhibbain, pasti anda akan mengetahui paten muzik dan alunan vokal kumpulan ini menerusi album sulung mereka, Mengenal Cinta. Tetapi percayalah, untuk single terbaru mereka ini, segala paten muzik, vokal dan imej Muhibbain berubah 100%.

Kali pertama mendengar single terbaru mereka berjudul Cukuplah Bagiku, kami tidak berjaya mencari ‘Muhibbain Yang Kukenali’. Perubahan yang cukup mengagumkan! Selari dengan penjenamaan semula kumpulan ini kepada The Muhibbains, lagu Cukuplah Bagiku nyanyian The Muhibbain feat Lah Ahmad dilihat sebagai satu penanda aras kepada peningkatan kualiti mutu lagu dan vokal yang ingin disampaikan oleh The Muhibbain.

The Muhibbain yang kini dianggotai oleh Erwan dan Adib, bekas anggota kumpulan The Fabulous Cat, mengakui lagu ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan sepenuhnya. Alhamdulillah, berkat kesabaran, akhirnya lagu ini berjaya dirakamkan dengan baik dan mendapat kerjasama yang baik daripada Lah Ahmad.

Lagu yang berkonsepkan R&B Soul ini merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Erwan The Muhibbain dan mendapat sentuhan susunan muzik dari Ahmad Izham Omar.

“Cukuplah Bagiku ini sangat istimewa kerana bait-bait liriknya adalah penceritaan yang dipetik dari qasidah masyhur, Qod Kafani yang dikarang oleh Al-Imam Abdullah Bin Alawi Al-Haddad. Kami juga bertuah kerana sahabat kami, Ketua Pegawai Operasi Media Prima TV Networks, Ahmad Izham Omar juga terlibat dalam susunan muzik bagi lagu ini.” jelas Erwan.

Lagu ini dimuatkan dalam album terbaru The Muhibbain berjudul #LoveCintaMahabbah terbitan dan edaran Inteam Records Sdn Bhd dan Sony Music Malaysia. Album ini telah mula berada di pasaran sejak awal minggu ini. Sila dapatkan yang original ok!

Mari kita tonton dan hayati keindahan lagu Cukuplah Bagiku nyanyian The Muhibbain feat Lah Ahmad.

[youtube url=”http://www.youtube.com/watch?v=xlmLUmgmjOg”]

– Munsyeed Dot Com

 

Continue Reading

Berita

Priakustik: Boyce Avenue Versi Malaysia

Diterbitkan

pada

Ada yang datang dari kumpulan gendang jalanan. Sebahagian yang lain pula timbul dari lapangan bawah-tanah dan program realiti arus perdana. Namun di atas jalan dakwah ini, kepakaran dan kepelbagaian mereka berjaya disatukan di dalam Priakustik.

Priakustik yang dianggotai oleh Imam Muda Najdi, Fuad Ko dan Zufar Adzahan merupakan individu-individu yang hadir dari latar belakang muzik yang berbeza. Selepas berjaya menempatkan diri di dalam senarai 32 teratas finalis di dalam sebuah pertandingan kendalian Awakening Records pada pertengahan tahun 2013, perjalanan seni 3 anak muda ini diteruskan dengan kemunculan video rasmi single terbaru mereka yang berjudul Kholiq.

Menurut Fuad Ko, Kholiq merupakan sebuah karya yang berkisar tentang muhasabah seorang hamba setelah menyedari hakikat dirinya yang sebenar. “Tanpa Dia (Allah), kita tiada apa-apa”, tambahnya lagi. Diinspirasikan dari gambaran alam yang bersyukur atas nikmat hujan, Kholiq pastinya akan memberikan sisi muzik yang berbeza kepada para peminat nasyid tanahair.

Tanpa berlengah lagi, jom saksikan Kholiq dari Priakustik.

[youtube url=”http://www.youtube.com/watch?v=hkmMZToeBt8″ autohide=”1″ controls=”0″ disablekb=”1″ hd=”1″ rel=”0″ showsearch=”0″ showinfo=”0″]

 

Kholiq

Kau jadikan diri kami sempurna, tanpa cela,
Kau Tuhan Maha Pencipta,
Kau tunaskan tumbuhan guna hujan yang kau turunkan,
Seninya agung kuasaMu…

Engkau telah berfirman di dalam AlQuran
Tidak aku jadikan jin dan manusia
Kecuali untuk beribadah padaku…

Wahai Tuhan pencipta
Terimalah taubatku
Sesungguhnya tanpaMu
Kami ragu

Tak ingin jauh dariMu
TanpaMu kami ragu
Terima taubatku padaMu…

Lirik: Fuadko
Lagu: Fuadko
Susunan muzik: Fuadko

Jangan lupa untuk LIKE Facebook Priakustik dan langgani saluran YouTube mereka di sini. Untuk sebarang jemputan persembahan, hubungi Najlin di talian 013 442 5880

– Munsyeed Dot Com

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2025 Munsyeed Edutainment