Categories: PengumumanProgram

Artis Ajak Peminat Sertai Majlis Selawat

Majlis Selawat bersama AlMawlid, Inteam, Marjan dan Munsyid.

 

Kumpulan AlMawlid, Inteam, Marjan dan Munsyid Malaysia mengajak para peminat untuk turut bersama dengan mereka berselawat di Majlis Selawat yang bakal diadakan esok, selepas solat Jumaat. Majlis yang diadakan secara mingguan ini bertujuan menzahirkan rasa cinta dan manifestasi kasih dan sayang kita kepada junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w.

Berikut adalah butiran lanjut Majlis Selawat yang bakal diadakan pada minggu ini:

Hari: Jumaat
Tarikh: 2 Disember 2011
Masa: Selepas Solat Jumaat
Tempat: Masjid Al-Mujahideen, Damansara Utama.
Artis yang terlibat: AlMawlid, Inteam, Marjan dan munsyid-munsyid yang berkelapangan.

Para hadirin digalakkan untuk hadir awal ke masjid dan menunaikan Solat Jumaat bersama-sama di masjid tersebut untuk elak sebarang kesesakan. Majlis Selawat akan diadakan sebaik sahaja Imam selesai membaca doa selepas Solat Jumaat.

Firman ALLAH swt di dalamkitab suci Al-Quranul Karim:

Sesungguhnya, ALLAH swt dan malaikatnya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) epada Nabi (Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. – Surah Al-Ahzab, Ayat 56.

Semoga Majlis Selawat ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan oleh ALLAH swt. Pihak Munsyeed{Dot}Com menyokong program ini dan menggalakkan para pembaca yang berkelapangan  untuk hadir ke majlis ini esok. Seluruh Mahabbah buat Dia Muhammad s.a.w. -Munsyeed{Dot}Com

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago