Categories: BeritaRingkas

Artis dan Pasukan Bola Pilihan

Perlawanan Bola Sepak Piala FA 2013 bakal menyaksikan pertembungan diantara pasukan bola sepak Kelantan FA dengan Johor Darul Takzim FC.

Munsyeed sempat mengajukan soalan secara rambang kepada artis mengenai pasukan bola sepak yang manakah akan disokong oleh mereka pada perlawanan akhir Piala FA malam ini.

Berikut kami kategorikan artis mengikut pasukan kegemaran mereka.

Antara artis yang menyokong pasukan bola sepak Johor Darul Takzim FC (JDT) atau lebih dikenali Harimau Selatan ialah Munif Hijjaz, Syah Inteam, Azlan UNIC Records dan Idzwan dari kumpulan Firdaus.

Barisan artis yang menyokong Kelantan FC atau lebih popular dengan nama The Red Warriors. Mereka ialah Azalinor Saujana, Hafiz Hamidun, Razin Mestica, Faizal Hijjaz, Mr Bie, Fadzli UNIC, Hazar Wildan, Syazman Caliph, Aizat Hufaz, Fakhrul UNIC, Masriezan Varianz dan Daie Hadhari.

Menurut Razin, beliau optimis yang Kelantan akan memenangi perlawanan pada malam ini.

“Mestilah Kelantan kerana TRW sedang berada dalam prestasi terbaik selepas aksi mereka tidak konsisten di pertengahan musim. Cuma sedikit merisaukan apabila dikhabarkan Dickson Nwakame masih belum cergas selepas mengalami kecederaan.” ujar Razin.

Bagaimanapun, ada seorang artis yang memberikan jawapan lain dari yang lain apabila diajukan soalan yang sama sebentar tadi.

Halim Devotees

“Saya sokong dua-dua sebab suami (Halim) Johor, isteri Kelantan.”
– Halim Devotees.

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago